Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Petua Hilangkan Bau Kambing Yang Hamis. Letak Saja Bahan-Bahan Ni, Pasti Mujarab!

Petua Hilangkan Bau Kambing Yang Hamis. Letak Saja Bahan-Bahan Ni, Pasti Mujarab!

Kategori: ,

Daging kambing memang enak rasanya. Kalau nak beli yang siap masak, harganya boleh tahan mahal. Tapi bila nak sediakannya di rumah, tak semua orang boleh tahan dengan baunya yang agak kuat!

Baunya yang kuat boleh buatkan kita hilang mood untuk makan. Untuk membantu anda sediakan hidangan kambing yang sedap di rumah tanpa masalah, jom kita cuba tips di bawah. Pasti mujarab untuk hilangkan bau kambing yang hamis.

Cara Hilangkan Bau Kambing, Guna Dua Bahan Ni Pasti Jadi!

Basuhkan daging kambing bersih-bersih.

Kemudian, masukkan tepung gandum kira-kira 2 senduk. Fungsi kita masukkan tepung gandum ini adalah untuk membuang minyak dan lemak-lemak kambing.

Letak air dan biarkan selama 15 minit. Pastikan semua bahagian rata, kemudian biarkan ia mesra seketika.

Selepas 15 minit, basuh bersih-bersih.

Seterusnya, ambil 3 biji limau nipis dan perahkan ke dalam periuk berisi daging kambing. Ini bagi menghilangkan bau kambing yang masih melekat.

Gaul mesra dan biarkan selama 5 minit.

Kemudian, buangkan air tadi dan cuci bersih semula. Jangan lupa untuk buang limau tadi,ya! Ketika ini, daging kambing anda berbau sangat wangi.

Bila bau kambing yang kuat sudah hilang, anda bolehlah masak ikut citarasa anda sekeluarga.

Guna Jus Lemon

Anda juga boleh gunakan lebihan lemon dalam peti ais untuk hilangkan bau kuat pada daging kambing. Lepas salut daging kambing dengan tepung tadi, perahkan jus lemon pada daging dan biarkan paling kurang 20 minit supaya bau yang kuat betul-betul hilang.

Kalau tak ada lemon atau limau nipis, anda boleh gantikan dengan limau kasturi.

Guna Air Kelapa

 

Kalau di rumah anda ada air kelapa, anda juga boleh gunakannya untuk hilangkan bau kambing yang hamis. Caranya adalah seperti berikut :

Bersihkan daging kambing seperti biasa, kemudian rendamkan seketika daging dengan air kelapa.

Biarkannya selama setengah jam.

Kemudian, angkat dan cucilah dengan air biasa sebelum dimasak.

Banyak cara rupanya untuk hilangkan bau hamis pada daging kambing. Lepas ni, tak ada alasan lagi untuk anda sediakan hidangan kambing yang lazat di rumah. Selamat mencuba!

Sumber : Facebook Ameera, keluarga.my

tags: