Sayur Lemak Putih memang sangat sedap jika dimakan bersama dengan nasi putih dan ikan goreng garing. Memang terasa sangat nikmatnya. Ditambah pula kalau ada sambal belacan. Memang padu habis. Silap haribulan boleh habis seperiuk nasi.
Nak sediakan Sayur Lemak Putih ni memang ada petua dan caranya tau. Supaya rasa dia terlampau sedap. Barulah nikmat makan kan? Nak tahu apa petua tu? Jom kita lihat perkongsian dari Adiah Adam ini.
Petua mak kalau masak sayur lemak tu nak bagi sedap tumbuk bawang, ikan rebus, kelapa dan lada hitam. Yang penting pakai lesung batu. Aroma masakan tu lain tau. Sebab tu lah kalau mak kita masak diaorang suka guna lesung batu berbanding blender. Kekal sampai sekarang. Anak-anak zaman moden macam kita ni bila ‘rajin’ berada pada skala 5 baru guna ni.
Bahan Tumbuk:
Mudah sahaja kan nak sediakan Sayur Lemak Putih ini. Sekejap je buat, tapi rasa dia memang sungguh menyelerakan. Sekali sekali makan lauk pauk kampung memang nikmat. Jadi jangan lupa cuba sendiri dekat rumah ya.
Kredit: Adiah Adam
Baca juga: Cara Masak Sayur Air Bihun Nenda, Dipadankan Dengan Ayam Goreng Berempah Memang Terbaik