Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Rupanya Petua Suruh Minum Air Pangsa Lepas Makan Durian Bukan Saja-Saja! Doktor Ini Dedahkan Sebabnya

Rupanya Petua Suruh Minum Air Pangsa Lepas Makan Durian Bukan Saja-Saja! Doktor Ini Dedahkan Sebabnya

Kategori: ,

Musim durian tiba lagi! Pasti ramai yang teruja untuk nikmati durian dengan rakan dan keluarga. Disebabkan harganya juga dah mula turun dan mudah untuk didapati, ramai yang ambil kesempatan untuk borong supaya lebih puas makan.

Bukan selalu ada musim durian, kan? Waktu nilah boleh makan durian puas-puas. Nak buat serawa, pengat atau lauk tempoyak pun sedap!

Dalam kita nikmati durian, pasti ramai di antara kita yang amalkan minum air pangsa durian lepas makan durian.

Katanya, petua ni boleh elakkan badan jadi panas. Walaupun ramai tak faham sebabnya, ramai yang amalkan sejak dulu.

Rupanya petua orang tua ini ada betulnya. Dr Suri Roowi di Facebook tampil jelaskan sebabnya dari sudut saintifik. Jom kita ikuti perkongsiannya!

Betul Ke Bagus Minum Air Pangsa Lepas Makan Durian?

Selain untuk elak badan panas, biasanya orang kita amalkan petua minum air pangsa selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.

Ada juga orang kata yang air dari pangsa durian ni boleh kurangkan bau mulut. Mungkin petua ni ada betulnya dan bukan saja-saja dibuat!

Menurut Dr Suri Roowi, ramai saintis termasuk dirinya sendiri pernah lakukan kajian terhadap beberapa jenis buah. Hasil kajian mendapati bahagian buah yang paling tinggi khasiatnya terletak pada bahagian kulit dan air buah.

Dalam sebuah kajian saintifik terbitan Procedia Food Science pada tahun 2015, kulit durian didapati bersifat antidiabetes.

Sebuah lagi kajian yang diterbitkan pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati bahagian pangsa durian berwarna putih mengandungi bahan bernama propacin.

Sebatian ini boleh bertindak sebagai antiradang.

Jadi Dr Suri Roowi menyimpulkan bahawa pengambilan air pangsa durian mungkin boleh membantu dalam mengurangkan rasa panas badan lepas makan durian.

Pastikan Pangsa Durian Bersih Sebelum Digunakan

Untuk memastikan pangsa durian bersih, anda disarankan untuk basuh atau rendamkannya guna air suam terlebih dahulu. Barulah pangsa durian lebih bersih dan selamat untuk digunakan sebagai ‘cawan’.

Memang tak sia-sia kita ikut petua nenek moyang kita. Siap terbukti secara saintifik yang air pangsa durian ni baik untuk kesihatan!

Jom kita teruskan amalan ni dan beritahu rakan atau keluarga yang belum tahu pasal khasiat air pangsa durian.

Sumber : Dr Suri Roowi

tags: