Kita mesti tak sedar ada tabiat buruk ini kan masa bersihkan alat dapur kayu? Rendam terlalu lama dan biarkan alat itu kering sendiri. Sebab itu lah perkakas dapur kayu kita cepat reput, pecah dan kadang berkulat!
Perkakas dapur kayu ini sememangnya cantik dan estetik, ringan pun ringan masa memasak. Sangat berguna! Tapi tau tak, perkakas kayu ini ada cara bersihkan dan penjagaan yang tersendiri berbeza dengan perkakas besi yang lain.
Berikut merupakan 8 petua yang boleh diamalkan:
Selepas guna, terus bilas dan basuh peralatan dapur anda. Jangan rendam! Rendam lama-lama akan mengakibatkan peralatan dapur anda repuh, pecah dan rosak.
Jangan biarkan perkakas dapur kayu anda kering sendiri selepas basuh. Perkara ini akan menyebabkan kayu menyerap air lebihan yang akan merosakkan bentuk perkakas dapur kayu anda.
Kadang susah nak bersihkan sisa kotoran seperti kunyit atau rempah yang melekat di perkakas dapur kayu? Gunakan campuran ini, confirm hilang terus. Bersih pula tu!
Cara-caranya:
Jangan lupa gunakan gloves untuk elakkan terkena pada tangan anda.
Gunakan bleach apabila alat dapur kayu anda telah lama tidak digunakan.
Cara-caranya:
Campuran air dan cuka juga merupakan satu agen pembasmi kuman.
Cara-caranya:
Span steel wool dan kertas pasir ini boleh melicinkan permukaan peralatan dapur kayu yang disebabkan direndam terlalu lama.
Untuk permukaan yang lebih licin dan shiny, gunakan mineral oil atau minyak kelapa. Jika tiada, boleh gunakan minyak sayur. Barulah alat dapur kayu anda tak nampak dull.
Sapukan minyak tersebut menggunakan kain ke atas alat dapur kayu anda. Biarkan selama 30 minit. Jika ada minyak lebihan, boleh dilapkan menggunakan kain. Fuh, macam baru beli!