Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Lebih 9K ‘Shares’, Ini Petua Siang Ikan Tongkol Untuk Elak Alahan & Gatal Hidung

Lebih 9K ‘Shares’, Ini Petua Siang Ikan Tongkol Untuk Elak Alahan & Gatal Hidung

Kategori:
siang ikan tongkol

Ikan tongkol atau di pantai timur lebih dikenali dengan nama ‘ikan ayor’ seringkali dimasak sebagai gulai nasi dagang. Namun, ramai yang mengalami alahan dan gatal hidung setiap kali makan ikan tersebut. Kalau makan ikan lain, tidak mengalami alahan yang sama macam makan ikan tongkol. Mungkin silap pada cara menyiangnya?

Ramai yang menganggap cara menyiang ikan tongkol ini sama sahaja macam ikan-ikan yang lain. Namun, sebenarnya terdapat kawasan ‘berbisa’ di tubuh ikan tersebut. Malah ada teknik tertentu untuk menyiangnya untuk mengelakkan alahan jika dimakan.

Jom ikuti perkongsian lengkap cara siang ikan tongkol dengan betul perkongsian oleh Ida Abe Wa di bawah yang telah mendapat hampir 10 ribu perkongsian.

Lebih 9K ‘Shares’, Ini Petua Siang Ikan Tongkol Untuk Elak Alahan & Gatal Hidung

Maaf lari tajuk..ni bukan masak apa tak jadi hari ini.. Tapi nak share sesuatu ..

Ex Mil sy pernah ajar, kalau beli ikan tongkol (ikan ayor panggilan di tempat sy), kena buang dia punye ekor..kena pakai kain untuk pulas sampai habis (kalau ikan tongkol besar) lepas tu tarik.. nanit dia akan kuar macam ni.

Sy xtau betul ke x.. kata ex mil.. yang macam cacing 4 ekor tu la bisa dia..sampai sekarang kalau beli ikan ni sy akan pulas ekor dan kuarkan benda ni.. Kalau ikan kecik tarik pakai tangan je, kalau besar kena lapik ngan kain sebab ekor dia tu tajam..

Maaf sy hanya mencelah, nk share sesuatu mana tau berguna untuk awak2 yg ada masalah resdung dan gatal2, sebab yg ada resdung jarang nk makan ikan ni. Mana tau lepas ni ok je bila makan ikan tongkol bila awak siang ekor cam ni.. Ok jgn kecam sy…

Kredit: Ida Abe Wa

Baca Juga: Menu Yang Ringkas, Jom Cuba Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka!

tags: