Sayuran seperti Kunyit, Lengkuas, Halia dan Daun Ketumbar merupakan antara bahan masakan tambahan yang kita gunakan dalam kuantiti yang sedikit. Kalau nak beli, kena beli banyak terus kan? Tak lah banyak sampai berkilo-kilo tapi boleh digunakan untuk berminggu-minggu. Tetapi kebiasaan sayuran macam ni tak boleh tahan lama kalau dekat luar. Perlu disimpan dalam peti, kalau nak simpan dalam peti pun perlu ada caranya agar sayuran tersebut boleh kekal segar berminggu-minggu. Jadi jom kita ikuti petua yang dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad di laman facebook MAHN ini.
Petua Simpan Sayur Agar Kekal Segar Berminggu-Minggu Dalam Peti Sejuk. Jimat Duit Belanja Dapur!
CARA-CARA:
- Untuk Kunyit, Serai dan lengkuas anda boleh simpan dalam rendaman air di dalam bekas. Dengan cara ini ia boleh bertahan selama 3 minggu.
- Manakala untuk Halia pula anda boleh simpan kering dalam balang kedap udara. Selepas satu minggu pun halia masih lagi okay.
- Bagi Daun Ketumbar pula anda boleh simpan dalam bekas kedap udara juga tanpa rendaman akar.
Gambar di atas menunjukkan keputusan selepas 1-3 minggu dalam peti sejuk.
KAEDAH PENYIMPANAN:
- Simpan dalam peti sejuk (Chiller)
- Guna bekas kedap udara
- Cara rendaman
- Simpanan kering
- Tukar air rendaman setiap minggu/setiap kali guna
JANGKAAN TEMPOH PENYIMPANAN:
- Ada yang buat kaedah ini kata, lengkuas dan serai boleh tahan sehingga 6 bulan dengan menjaga kebersihan air rendaman (kerap tukar air).
- Kunyit dan halia kurang tahan berbanding lengkuas dan serai, sensitif dan akan reput. Ia masih diterima pakai untuk elakkan jadi kering. Dapat jimat duit belanja dapur.
SEMOGA BERMANFAAT!
Kredit: Noor Hafiza Mohamad Via MAHN