Ada sesetengah orang bila dah beli tahu, lupa pula nak masak tauhu awal-awal. Bila nak masak, tahu-tahu dah membusuk dalam peti ais. Maklumlah, tauhu memang cepat berbau kalau tidak simpan dengan cara yang betul. Nak tahu cara supaya tauhu tidak cepat berbau? Jangan lupa baca sehingga habis.
Jom ikuti perkongsian oleh Teratak Hijab Labuh berkenaan cara menyimpan tauhu supaya dapat tahan lama sehingga seminggu lebih. Selepas ini tak perlu susah hati kalau beli banyak tahu, ikut sahaja petua di bawah supaya tauhu tidak cepat rosak dan berbau.
Siapa yang macam saya…
Mak saya ajar jika nak tauhu dapat disimpan dengan lebih lama (seminggu lebih), kita rebus dulu tauhu tu.
Siap rebus, biarkan sejuk dulu. Then simpan dalam peti sejuk seperti biasa (tak perlu rendam dlm air).
Bukan apa, saya ni selalu je terlupa nak masak tauhu awal2. Tahu2 je dah busuk. Ada petua ni, dapatlah elak daripada membazir.
Sumber: Teratak Hijab Labuh
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Tauhu Begedil ‘Meletop’, Resepi Jualannya Sebelum Ini