Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Petua Tradisional Hilangkan Kudis Buta, Panau & Kurap. Hanya Guna Kapur & Daun Ini Sahaja!

Petua Tradisional Hilangkan Kudis Buta, Panau & Kurap. Hanya Guna Kapur & Daun Ini Sahaja!

Kategori: ,

Anak-anak anda atau anda sendiri menghidap penyakit kulit seperti kudis buta, panau dan kurap? Penyakit seperti ini memang membuatkan kita berasa tidak selesa. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membuatkan kita hilang konfiden diri.

Dah cuba pelbagai rawatan tapi masih juga tak hilang. Cuba juga dapatkan rawatan di Klinik kulit namun itulah. Zaman sekarang tiada yang percuma dan murah. Kalau sekali dua tidak mengapa. Tapi kalau berkali-kali memang agak merisaukan juga.

Jadi apa kata korang gunakan petua tradisional ini. Ia bukan menjimatkan malah mampu menyembuhkan penyakit kulit dengan mudah jika diamalkan secara konsisten.

Hanya menggunakan 2 bahan sahaja, iaitu Kapur Sireh dan Daun Gelenggang. Daun Gelenggang merupakan tumbuhan yang tumbuh sendiri tanpa ditanam. Boleh didapatkan di tepi-tepi jalan.

Petua merawat penyakit kulit dengan mudah

Bahan-bahan:

Cara-caranya:

  1. Bersihkan daun gelenggang.
  2. Tumbuk daun tersebut sehingga lumat.
  3. Gaulkan bersama kapur sireh.
  4. Kemudian sapukannya pada bahagian penyakit kulit. Seeloknya selepas mandi, 2 kali sehari.

Selain merawat kudis buta, kurap dan panau. Petua ini juga boleh digunakan untuk merawat ekzema, gatal-gatal, terkena gigitan serangga dan jangkitan tinea. Jadi bagi anda atau kenalan anda yang sedang menghidapnya bolehlah mencuba petua ini.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Sirap ais

Baca juga: Kayap Ular Boleh Menyebabkan Kematian Jika Tidak Dirawat, Ini Dia Petua Semulajadi Untuk Merawatnya

tags: |