Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Geli Kan Sis..”, Pinggan Dan Gelas Berlumut. Wanita Bimbang Takut Jadi Apa-Apa, Warganet Juga Turut Berang!

“Geli Kan Sis..”, Pinggan Dan Gelas Berlumut. Wanita Bimbang Takut Jadi Apa-Apa, Warganet Juga Turut Berang!

Kategori:

Kebersihan merupakan salah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan kita. Bahkan kebersihan juga adalah separuh daripada iman. Tidak kira di mana pun kita berada, pastikan kita sentiasa menjaga kebersihan. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan makanan.

Kadangkala kalau ke kedai makan, pasti ada pihak penjual menyediakan pinggan mangkuk dan gelas yang tidak berapa bersih. Kadang-kadang berlumut hitam dah. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Zulaikha Zulkiflee.

Wanita bimbang saat perasan pinggan dan gelas berlumut hitam

Wanita tersebut sempat berkongsi sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan pinggan nasi yang dimakannya di sebuah kedai kelihatan berlumut. Bukan sahaja pada pinggan malah lumut hitam tersebut juga turut ada pada gelas minumannya.

Melihat keadaan pinggan dan gelas yang sedemikian rupa, dia mengharapkan moga-moga tiada apa yang berlaku. Mungkin kerana bimbang mengalami keracunan makanan atau pun cirit birit.

@zulaikha_zulkifli04 Moga takde apa apa berlaku malam ni seram weh .. 🤣🤣🤣#fypシ #fypシ゚viral #foryoupage #fypdongggggggg ♬ suara asli – Younita

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warganet. Namun rata-rata daripada mereka berasa geli geleman apabila melihat video yang dikongsikan oleh Zulaikha ini. Ada juga warga TikTok berasa berang apabila melihat pinggan dan mangkuk yang berlumut tersebut.

Berkurik daki..

Dalam masa yang sama ada yang menyatakan setiap kali ke kedai, dia lebih suka untuk beli bungkus sahaja. Tidak kurang juga ada yang sempat berkongsi pengalaman yang sama sehingga kan kejadian tersebut membuatkan anak-anaknya muntah.

Aku suka bungkus je..

Baru kena..

Buat para peniaga, tolonglah pastikan pinggan mangkuk dan gelas yang disediakan kepada pelanggan dalam keadaan bersih. Barulah pelanggan suka dan sentiasa mengunjungi kedai anda. Kalau pun peralatan tersebut dah lama, ada baiknya jika menggantikan dengan yang baru. Pelanggan happy, peniaga pun happy kan?

Kredit: TikTok Zulaikha Zulkiflee

Baca juga: Terkedu Melihat Rupa Mangkuk Kotor Yang Digunakan Di Kedai Makan, Dikikis Pun Masih..

tags: |