Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sila Ambil PERHATIAN! Pinggan Mangkuk Viral Ini Boleh MEROSAKKAN Organ Dalaman. Lawa Memang Lawa Tapi..

Sila Ambil PERHATIAN! Pinggan Mangkuk Viral Ini Boleh MEROSAKKAN Organ Dalaman. Lawa Memang Lawa Tapi..

Kategori: ,

Pinggan viral terkini yang sering disebut-sebut dan digilai oleh para ibu adalah pinggan mangkuk ayan. Ianya juga dikenali sebagai enamelware. Ya, ia merupakan pinggan rekabentuk vintage yang kembali menjadi perhatian masyarakat kita pada hari ini.

Bagi menghasilkan pinggan mangkuk enamelware asasnya adalah daripada keluli, besi atau aluminium. Bahan tersebut akan di saluti dengan porselin pada tahap suhu tertentu. Persoalannya, adakah selamat pinggan mangkuk ayan ini?

Penggunaanya masih selamat sekiranya produk yang anda beli itu produk berjenama seperti Le Creuset dan produk dari kilang yang diketahui. Kerana penghasilan produk di kilang yang diketahui ini akan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat. Hal tersebut penting bagi memastikan ia bebas dari bahan kimia yang berbahaya seperti logam berat.

Faktor keselamatan mungkin tidak terjamin jika produk ayan dari pengeluar yang tidak diketahui. Dalam pada itu, penggunaan pinggan ayan antik juga tidak digalakkan kerana regulasi sebelum ini tidak ketat. Manakala pinggan mangkuk ayan yang telah rosak seperti retak, kemek, bercalar dan berkarat juga perlu dielakkan penggunaanya.

Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium. Bahan-bahan ini biasanya digunakan untuk memberi warna menarik pada pinggan mangkuk ayan.

Kesan terdedah kepada bahan ini menyebabkan risiko masalah perkembangan otak kepada anak-anak. Untuk jangka masa panjang pula ia akan mengakibatkan kerosakan organ dalaman seperti buah pinggang, hati, tulang dan menyebabkan kanser.

Sekiranya anda masih ingin menggunakan produk ayan antik, gunakannya sebagai hiasan sahaja. Contohnya dijadikan tempat letak bunga hiasan ataupun pelapik pinggan lain. Bagi yang baru berjinak-jinak dengan produk ini, utamakan keselamatan dengan memilih produk yang telah disahkan selamat.

Dan ini pesanan khas kepada pengeluar produk seramik atau ayan, jika anda masih tidak mempunyai pengesahan kualiti produk sila membuat permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan dari KKM (Bahagian Keselamatan Makanan) untuk mengesahkan bahawa produk anda bebas daripada pencemaran logam berat.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

tags: |