Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kisah PM Imbau Kenangan Dating Di Texas Fried Chicken Dengan Isteri Jadi Buah Mulut Netizen, Rupanya..

Kisah PM Imbau Kenangan Dating Di Texas Fried Chicken Dengan Isteri Jadi Buah Mulut Netizen, Rupanya..

Kategori:
dating di Texas Fried Chicken

Sememangnya, restoran makanan segera menjadi tumpuan buat para remaja khususnya. Di sana, ada kisah cinta yang berputik kerana restoran makanan segera sememangnya menjadi antara pilihan lokasi untuk pergi dating bersama kekasih.

Kisah PM Imbau Kenangan Dating Di Texas Fried Chicken Dengan Isteri Jadi Buah Mulut Netizen, Rupanya..

Tidak ketinggalan, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob juga pernah meluangkan masa di restoran makanan segera untuk meluangkan masa bersama isteri tercinta suatu ketika dahulu.

Pada hantaran di Facebooknya semalam, dia menceritakan bagaimana nostalgia zaman bercinta bersama isteri diingat kembali ketika makan di McDonald’s Air Keroh, Melaka.

“Mengembalikan nostalgia zaman bercinta dahulu. Saya dan Datin Srii bercinta sejak sekolah. Masa tu saya di Tingkatan 6 Atas dan Datin Sri di 6 Rendah.

“Tempat makan yang paling hebat sewaktu ‘dating’ ketika itu di ‘fast food’ restoran sahajalah. A&W, KFC, Texas Fried Chicken dan lain-lain. Kalau ‘time’ saya ada duit lebih, nak ‘up’ sikit saya bawa dia ke Colliseum Cafe.

“Malam tadi selepas program sambutan Hari Malaysia kami singgah di McD Air Keroh Melaka. Teringat waktu muda dahulu. Kini kami dan jadi atok dan nenek. Namun yang pasti kami masih tetap bercinta,” ceritanya di hantaran dating di Texas Fried Chicken itu.

“Teringat Kisah Waktu Muda..”

dating di Texas Fried Chicken

Dalam perkembangan sama, hantaran kisah itu telah menjadi buah mulut orang ramai kerana ada perselisihan faham bahawa restoran makana segera Texas Fried Chicken mula dibuka di Malaysia pada tahun 2013.

Hal itu telah menimbulkan perdebatan orang ramai menyatakan bahawa cerita yang dibawa Perdana Menteri hanyalah rekaaan semata-mata.

Tetapi menurut seorang netizen, sebenarnya Texas Chicken atau juga dikenali sebagai Church’s Chicken dan Texas Fried Chicken adalah restoran yang berbeza. Kali pertama Texas Fried Chicken dibuka di Jalan Tengku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Jadi, jika orang menyatakan restoran makanan segera Texas Fried Chicken dibuka pada 2013 dan bukannya tahun 80-an, mereka sebenarnya tersalah informasi dengan Texas Chicken.

“Bukan untuk berpolitik di sini, Texas Chicken (Church’s Chicken) & Texas Fried Chicken adalah restoran yang berlainan. Kali pertama TFC dibuka di Jalan TAR, KL pada hujung tahun 70-an dan awal tahun 80-an. Tapi tak kekal lama.

“Ibu bapa saya pernah bawa saya sekali masa zaman kanak-kanak dahulu,” kata netizen bernama Chow Wei Ming di hantaran PM dating di Texas Fried Chicken.

Texas Chicken & Texas Fried Chicken Dua Restoran Berbeza

Jadi, mungkin ada yang tersalah info berkenaan hal ini dan sepatutnya membezakan terlebih dahulu kedua-dua restoran makanan segera tersebut.

Baca juga: “Duitnya Untuk Beli Blender Mama..”, Rider GrabFood Kongsi Kisah Menyentuh Hati, Tak Sangka Ramai Menangis..

tags: | | |