Brokoli boleh dibuat pelbagai menu masakan. Antaranya boleh digoreng, direbus, dan dikukus atau boleh dimakan mentah. Brokoli megandungi pelbagai khasiat antaranya brokoli mengandungi kandungan nutrisi yang paling bagus dalam memerangi kanser. Resepi kali ini ialah popcorn brokoli. Jom kita jenguk resepinya.
Bahan-bahan
- Brokoli
- Lada Hitam
- Secukup Rasa
- Telur Putih
- Tepung Goreng Ayam
- Minyak
Cara-cara
- Gaulkan brokoli dengan lada hitam dan secukup rasa.
- Kemudian celupkan dengan putih telur.
- Seterusnya, celup dalam tepung goreng ayam.
- Panaskan minyak dan goreng brokoli sehingga kekuningan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!