Setiap makanan dan minuman yang ingin dimasukkan ke dalam tubuh badan kita haruslah dalam keadaan bersih dan selamat. Bersih dari segala kekotoran dan selamat daripada bendasing.
Makanan yang tidak bersih dan tidak selamat boleh menganggu kesihatan tubuh badan kita. Lazimnya mereka yang menjaga pemakanan dengan makan makanan yang sihat akan turut memiliki tubuh badan yang segar dan sihat.
Namun isu berkenaan dengan makanan ini bakal menjadi masalah apabila kita makan di luar. Tidak kira sama ada restoran, gerai mahu pun mana-mana tempat makan. Hal tersebut adalah kerana kita tidak tahu sejauh mana tahap kebersihan peniaga dalam menyediakan makanan.
Melainkan kita mengenali peniaga tersebut. Malah sudah banyak berlaku dalam kalangan kita yang menemui bendasing dalam makanan yang dimakan dari luar.
Seperti mana yang dikongsikan oleh UtusanTV menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan penemuan bendasing yang cukup menyeramkan dalam makanan.
Seorang pramugara di sebuah syarikat penerbangan telah menemui kepala ular dalam hidangan. Kejadian yang berlaku ketika penerbangan ke Dusseldorf, German dari Ankara, Turkiye ini telah membuatkan orang ramai berasa kembang tekak.
Mana tidaknya, kepala ular yang bersaiz sederhana kecil itu berada dalam hidangan yang ingin dimakan. Lebih-lebih lagi makanan tersebut sudah dimakan separuh. Namun sungguh menghairankan bagaimana kepala ular boleh berada dalam hidangan tersebut.
Walaubagaimanapun, tidak dapat diketahui dengan tepat apakah syarikat penerbangan tersebut. Namun melihat kepada status penerbangan itu, kejadian ini mungkin berlaku kepada pramugara dari syarikat penerbangan luar negara.
https://www.tiktok.com/@utusantvofficial/video/7124606984581680411?_t=8URBniOhmO9&_r=1
@utusantvofficial AMARAN! imej dipaparkan mungkin ngeri bagi sesetengah individu. Kejadian dalam berlaku ketika penerbangan ke Dusseldorf, German dari Ankara, Turkiye. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang bertanya, badan haiwan ini siapa yang makan dan ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, makanan tersebut adalah menu exotic.
Dalam masa yang sama ada yang meninggalkan komen menyatakan tentang cerita berkenaan dengan ular yang terlepas dari sangkar. Ular yang banyak tersebut telah memenuhi kapal terbang. Mungkin dek kerana melihat kepala ular tersebut, cerita tersebut bermain difikirannya.
Tidak kurang juga ada yang menulis, rasanya diaorang dah bawak dari rumah konon nak buat sampingan masa makan kat kapal terbang. Tetapi terlupa sisa nak ambil simpan dan kantoi. Tak pasal-pasal pihak penerbangan kena.
Tidak dapat diketahui dengan tepat dari mana datangnya kepala ular berkenaan namun pastinya ianya sangat menggelikan apabila secara tiba-tiba menjumpainya dalam hidangan. Semoga kita semua dijauhkan dari penemuan bendasing dalam makanan yang dimakan.
Sumber: TikTok UtusanTV