
Sebut je Pringles, memang menjadi kegemaran ramai. Sama ada dimakan masa tengok wayang, kudapan dalam kereta atau masa lepak bersama keluarga.
Mereka juga ada macam-macam perasa dari pedas, masam, cheese, kentang ungu dan lain-lain.
Sekarang, Pringles keluarkan perisa baru iaitu Pringles Mystery Flavour!
Pringles perisa misteri ini sudah mula dijual masa 1 Mac lepas, hanya pada masa terhad tau.
Pringles perisa misteri ini didatangkan dalam tin putih, sebelum anda ngap masuk mulut boleh teka dulu apa perisanya.
Bermula 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020, anda boleh mengambil bahagian dalam pertandingan “Teka perisa & menang wang tunai RM20,000” untuk seorang pemenang jika tekaan anda betul.
Mana tahu ada rezeki anda kan.
Caranya:
Untuk dapatpan klu, Pringles Malaysia akan kongsikan setiap 2 minggu Facebook Pringles Malaysia! Ada 4 petunjuk untuk dikumpul.
Sumber: KL Foodie, Budak Bandung Laici.