Kami ada berita gembira untuk peminat aiskrim sofuto FamilyMart! Sepanjang bulan Disember 2020 ini, ada promosi istimewa untuk anda semua. Nak tahu promosi apa? Jangan lupa baca sampai habis.
Promosi Aiskrim Sofuto FamilyMart RM0.99
Aiskrim sofuto FamilyMart RM0.99 je? Biar betul? Ya Betul! Sepanjang bulan Disember 2020 ini, anda boleh dapatkan aiskrim sofuto FamilyMart dengan harga hanya RM0.99. Tapi, ada syarat dia tau!
Syaratnya, pembayaran perlu dibuat menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Namun, hanya terhad kepada 1 pembelian setiap transaksi tau. Anda boleh memilih 1 aiskrim sofuto daripada pilihan seperti di bawah:
- Belgian Dark Chocolate Sofuto
- Matcha Sofuto
- Basque Burnt Cheesecake Sofuto
Tarikh promosi: 1 Disember sehingga 31 Disember 2020
Lokasi promosi: Di semua cawangan FamilyMart kecuali di KLIA2 dan Genting Highland.
Terma dan syarat:
- Pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet sahaja.
- Pembelian terhad kepada 1 aiskrim sahaja bagi setiap transaksi.
- Promosi terhad kepada 396, 000 aiskrim sahaja. Promosi akan dihentikan setelah semua aiskrim telah dijual atau tarikh promosi telah tamat.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini.