Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Kempen Terbaru The Chicken Rice Shop Buat Netizen Terhibur, Siapa Yang Nak Kahwin Ni?

Kempen Terbaru The Chicken Rice Shop Buat Netizen Terhibur, Siapa Yang Nak Kahwin Ni?

Kategori: ,

Buat penggemar nasi ayam, The Chicken Rice Shop pasti menjadi pilihan utama buat anda yang ingin nikmati hidangan yang lazat serta berkualiti.

Gabungan nasi beraroma serta ayam yang berjus dari The Chicken Rice Shop membuatkan ia sentiasa menjadi pilihan utama bagi rakyat Malaysia.

Dipadankan pula dengan hidangan pembuka selera seperti Nyonya Pai Tee dan Crispy Wonton yang rangup dan segar, The Chicken Rice Shop sentiasa menjanjikan pengalaman indah untuk anda nikmati sajian lazat bersama rakan dan keluarga.

Namun, kempen terbaru dari The Chicken Rice Shop ini buatkan ramai terhibur. Dengan memaparkan gambar seakan jemputan ke majlis perkahwinan, restoran nasi ayam pilihan ramai ini dilihat turut menjemput rakan restoran terkemuka lain seperti McDonald’s, KFC dan Nandos ke majlis ‘meraikan cinta’.

Soalnya, cinta siapa yang ingin diraikan oleh restoran ini?

The Chicken Rice Shop

The Chicken Rice Shop

Siapa Yang Nak Kahwin Ni?

Rupanya, restoran ini ingin menjemput semua untuk bersama-sama meraikan penyatuan Nasi dan Ayam sempena ulangtahun The Chicken Rice Shop yang ke-22. Wah, dah berusia lebih dua dekad rupanya restoran ini!

Promosi Ulangtahun The Chicken Rice Shop Yang ke-22

Sempena ulangtahun ke-22 The Chicken Rice Shop, anda dijemput untuk nikmati hidangan nasi ayam bersama yang tersayang dengan harga istimewa!

Sesuai untuk dinikmati berdua, promosi ulangtahun The Chicken Rice ini menjanjikan penjimatan berbaloi buat semua penggemar nasi ayam!

Dengan hanya RM 22, set promosi ini menawarkan menu seperti berikut :

  • 2x Single Portion Chicken (pilihan Ayam Panggang, Kukus atau Kicap)
  • 1x Ipoh Bean Sprouts (Regular)
  • 2x Bowls of Chicken Rice
  • 2x Soup of The Day
  • 2x 12 Oz Soft Drinks

The Chicken Rice Shop

Sangat berbaloi! Peminat nasi ayam wajib datang ke ‘penyatuan dua jiwa’ ini. Nikmati promosi hebat ini dari 13 Jun hingga 7 Ogos 2022 di mana-mana cawangan The Chicken Rice Shop terdekat!

Untuk nikmati tawaran menarik ini, anda perlulah muat turun aplikasi SedapZ di telefon anda.

Dengan adanya aplikasi SedapZ, anda juga berpeluang untuk nikmati ganjaran hebat dari restoran lain seperti Sukiya, DubuYo dan Sepiring. Jadi, tunggu apa lagi? Jom muat turun aplikasi SedapZ di Google Play Store atau Apple App Store hari ini!

The Chicken Rice Shop

*Tawaran tertakluk pada Terma & Syarat.

Makan Nasi Ayam dan Rebut Peluang Untuk Menangi iPhone SE!

Dengan perbelanjaan minimun sebanyak RM 22 di restoran ini, anda juga berpeluang untuk merebut hadiah iPhone SE!

Anda hanya perlu scan kod QR di bawah, isikan Google Form dan muat naik foto resit perbelanjaan sepanjang kempen ini.

Akhir sekali, lengkapkan slogan dan hantar penyertaan anda!

The Chicken Rice Shop

Untuk ketahui promosi terkini, sila layari Facebook atau laman rasmi The Chicken Rice Shop. Jom sambut ulangtahun The Chicken Rice Shop dengan rakan dan keluarga!

tags: | |