Sesiapa yang sukakan dessert / manisan pasti akan menggemari puding laici yang rasa berkrim dan berlemak ini. Ia sememangnya sedap dimakan waktu puding sejuk.
Lepas siap buat, masukkan ia dalam peti ais. Terus sedap menyengat makan puding laici ni tau.
Cara Hasilkan Puding Laici Yang Sedap, Rasa Berkrim & Tidak Berketul
Bahan-Bahan A:
- 1 tin susu cair
- 2 cawan air laici
- 2 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan-Bahan B:
- 25 gram agar-agar tali
- 10 cawan air
- 250 gram gula pasir
- 1 sudu kecil garam
- 1 ketul kecil gula batu
- 3 helai daun pandan – carik dan ikat simpul
Cara Penyediaan:
- Campur semua bahan A, sebatikan dan ketepikan.
- Didih semua bahan B atas api sehingga semua larut.
- Bila bahan B sudah larut, kecilkan api, massukkan bahan A ke dalam bahan B, kacau sebati dalam 4-5 minit. Jangan biar sampai mendidih nanti berketul. Kemudian tutup api.
- Kemudian, boleh tapis dan masukkan dalam bekas pilihan. Sama ada nak buat dalam loyang besar terus atau bekas kecil kecil.
- Selepas itu boleh carik carikkan laici dan masukkan dalam puding. Kalau nak buat surprise laici tenggelam, boleh terus bubuh laici masa puding masih cair.
- Kalau nak biar nampak laici dekat atas permukaan sikit, boleh bubuh laici masa dah sedikit mengeras. Bila tak panas sangat, boleh masukkan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk baru sedap.
INFO
- Satu adunan ini saya masuk bekas tak penuh dapat 46 bekas. Kalau letak penuh sampai garisan dapat dalam 40 bekas.
- Puding ni boleh adjust nak kurang/lebih sikit air jika suka puding yg lebih pejal/lembut, ikut preference masing-masing.
- Kalau suka manis, boleh lebih kan gula. Ikut sukatan ini tak manis sangat, tak tawar sangat.
- Sesiapa yang nak share, nak buat jualan, nak buat makan makan, silakan. Moga semua pahala sampai kepada mama dan abah saya.
Selamat mencuba!
Sumber: Aida Serina
Baca juga: Resipi Pizza Roti Telur Guna Air Fryer, Sesuai Untuk Breakfast & Bekal Anak-Anak