Kopitiam Balak menghidangkan pelbagai hidangan special dan menarik. Lokasi Kopitiam ini terletak di No. 3733, Jalan Pengkalan Balak, Masjid Tanah.

Kopitiam Balak merupakan salah sebuah restoran yang sangat popular dan dikenali ramai, terutamanya warga Kota Melaka Bandaraya Bersejarah ini.

Salah satu hidangan popular yang disediakan di sini adalah Pulut Ayam Thai. Pulut Ayam Thai, adalah hidangan ringkas yang hanya disediakan dengan ayam goreng, pulut dan bawang goreng rangup sahaja. Namun, itu sudah cukup untuk menambat hati pelanggan dengan keunikan dan keenakan juadah yang dihidangkan itu.

Merungkai keunikan juadah yang disediakan, lazimnya hidangan ini merupakan salah satu makanan popular di Thailand.

Disebabkan hidangan ini jarang dan sukar diperoleh di sekitar Melaka, pengasas Kopitiam Balak ini telah mengambil pekerja dari Thailand untuk mempelajari resepi Pulut Ayam Thai. Keistimewaan dari Pulut Ayam Thai ini adalah datang daripada sosnya.

Selain itu, ayam goreng yang menjadi lauk utama juga mempunyai kelainannya tersendiri.

Sumber: Hypp Inspirasi

(This post has been visited 2 times!)