Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Ini Dia Punca Keracunan Makanan Disebabkan Oleh Puding Buih Di Terengganu

Ini Dia Punca Keracunan Makanan Disebabkan Oleh Puding Buih Di Terengganu

Kategori: ,
Puding Buih

Baru-baru ini, tular 70 individu dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian.

Daripada siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Daerah mendapati ianya mungkin berpunca daripada telur yang digunakan dalam puding buih tersebut.

Puding buih sedap, tiada tanda sudah basi

Menurut mangsa, puding tersebut mempunyai rasa yang sedap dan tidak mempunyai tanda-tanda ianya telah tercemar dan basi. Tetapi kemudian, mengalami sakit perut yang amat sangat, cirit-birit dan muntah.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, makanan mesti dimakan dalam tempoh tidak lebih empat jam selepas penyediaan dan sekiranya ia disimpan, hendaklah disimpan dalam suhu yang sesuai dan dipanaskan terlebih dahulu bagi mengelakkan keracunan makanan.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka tentang keselamatan makanan dengan mengamalkan konsep ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum makan untuk mengelak memakan makanan yang sudah basi.

 

Kredit: Astro Awani

tags: