Selepas bersalin wanita sememangnya memerlukan penjagaan diri yang sangat rumit dan rapi. Mereka akan melalui beberapa fasa-fasa tertentu. Selain pengambilan ubat daripada pihak hospital, aspek pemakanan juga perlu diambil serius.
Berkenaan tentang aspek pemakanan ini, ikan haruan sering dijadikan pilihan utama sebagai ‘penawar’ lagi-lagi untuk ibu yang bersalin secara czer. Pastinya ramai para ibu yang menjamu hidangan berkenaan kerana dikatakan bagus untuk memulihkan kembali kesihatan dalam mereka.
Namun melalui perkongsian seorang pakar perubatan, Dr Amirul Azhar. Beliau mendedahkan satu maklumat penting mengenaikan keburukan ikan haruan buat wanita selepas bersalin.
Nampak post ni dpt 1.5k likes di fb. Risau pulak. JANGAN MAKAN ikan/pati haruan selepas pembedahan ceaser. 🙅♂️🙅♂️🙅♂️
Thread sikit. pic.twitter.com/yeOBtVfgt6
— Amirul Azhar (@amirullazharrr) May 20, 2020
Pastinya ia sangat sukar untuk dipercayai. Siapa menduga bahawa ikan haruan ini boleh menyebabkan rahim melekat dengan organ lain. Situasi yang dipanggil sebagai ‘adhesion‘ ini juga akan menyumbang kepada risiko gangguan fungsi organ. Lebih teruk lagi jika rahim bercantum dengan pundi kencing kerana ianya berisiko pada nyawa bayi.
Menyedari fakta tersebut menjadi perbualan hangat dan pertikaian ramai orang, doktor ini menegaskan ia bukanlah sekadar cakap kosong semata-mata. Sebaliknya, beliau dan rakan medik yang lain pernah menyaksikan sendiri komplikasi sedemikian rupa sebelum ini.
Jadi buat anda yang bakal melahirkan mohon dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Bimbang jika apa-apa yang kita makan atau percayai mengundang padah. Kesian dekat diri sendiri nanti.
Sumber: Twitter Amirul Azhar
Baca juga: Mata Terjojol Tiada Tulang Kepala, Remuk Hati Seorang Ibu Apabila Bayinya Tiada Tempurung Sebab….