Maggi atau mi segera merupakan antara makanan yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Sangat sedap dimasak walau hanya dengan air panas. Selain dimasak dengan hanya menggunakan air panas, lebih sedap lagi jika dimasak seperti yang dikongsikan oleh Che Enon ini.
Nak cuba resepi Maggi Kari Tumis yang dikongsikan olehnya ini? Jom kita ikuti resepi lengkap di bawah ini. Sekali rasa pasti jatuh cinta. Hari-hari nak masak maggi lepas ni tau!
Resepi Maggi Kari Tumis Yang Mudah Namun Sangat Menyelerakan!
Bahan-bahan:
- 1 peket maggi kari
- Sawi atau apa-apa sayur kegemaran
- Isi ayam, udang, sotong
- 1/2 cawan air
- 1 biji telur
- 3 atau 4 ulas bawang putih | diketuk
- 2 sudu sos ikan *
- 1 sudu kicap *
- 2 sudu sos cili *
- 1 sudu sos tomato *
- Sedikit gula *
Cara penyediaan:
- Tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan rempah kari yang dalam peket maggi.
- Masukkan bahan-bahan bertanda *.
- Masukkan air.
- Masukkan sayur, telur serta maggi.
- Biarkan sekejap sehingga semua masak. Jangan terlalu lembek, nanti tak sedap.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Maggi Kari Tumis ini? Namun kena ingat, rahsia nak bagi maggi kari ni sedap jangan masak banyak-banyak terus. Kena masak satu-satu Nanti lain atau lari rasanya.
Selamat mencuba!
Kredit: Che Enon Aiskrim Via MATJHN
Baca juga: Resepi Maggi Goreng Special Yang Mudah Tapi Rasanya Sangat Luar Biasa! Sekali Makan 7 Hari 7 Malam Teringat