Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Rahsia Membuat Jeruk Mangga Guna Air Soda Yang ‘Addicted’

Rahsia Membuat Jeruk Mangga Guna Air Soda Yang ‘Addicted’

Kategori:
Jeruk Mangga

Jarangkan dengar orang buat jeruk mangga dengan menggunakan aiskrim soda? Bagi sesetengah orang perkara tersebut adalah aneh kerana kebiasaannya air bergas ni selain daripada minum orang guna air bergas itu untuk menghilangkan karat di besi seperti air coca cola yang pernah viral di sosial media.

Namun kali ini membuat jeruk mangga menggunakan aiskrim soda. Pelik tapi sedap! Bagi peminat asam, sememangnya jeruk ini yang menjadi pilihan pertama mereka. Bahkan yang bukan peminat asam pun menggemari jeruk mangga asam boi yang legit ini.

Rahsia Membuat Jeruk Mangga Guna Air Soda Yang ‘Addicted’

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji mangga mentah (besar)
  • 5 biji cili api (jika suka pedas boleh tambahkan)
  • 4 sudu makan gula pasir
  • 5 biji asam boi
  • 1/2 cawan aiskrim soda

CARA-CARA

  1. Potong mangga yang sudah dikupas secara memanjang, kemudian basuh dan toskan.
  2. Letak mangga ke dalam balang dan dan masukkan cili, gula, asam boi dan aiskrim soda.
  3. Tutup balang dengan kemas dan goncangkan sedikit.
  4. Simpan dalam peti ais selama 5 jam ataupun semalaman sebelum dinikmati. Selamat mencuba.

Sumber: Sham Sabri

Selamat mencuba!

 

Baca juga: Resepi Mango Cheesecake Yang Cantik, Gebu & Sedap!

tags: |