Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kelantan Mendunia” – Keluarga Ini Raih Lebih RM2 Juta Dengan Jual Nasi Kerabu Di London

“Kelantan Mendunia” – Keluarga Ini Raih Lebih RM2 Juta Dengan Jual Nasi Kerabu Di London

Kategori: ,
Nasi Kerabu di London

Sebut sahaja Malaysia, antara tarikan yang selalu menjadi bualan adalah perihal makanan.

Ini kerana, keunikan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya, menciptakan aneka hidangan yang unik dan penuh dengan tradisi sehingga boleh dibanggakan oleh sentero dunia.

Seperti pengalaman sebuah keluarga yang menetap di London, dia telah menjual Nasi Kerabu Kelantan kepada warga di sana dan mendapat sambutan yang menghangatkan.

Gerai mereka yang diberi nama ‘Eat Lah’ itu beroperasi dengan membuka tapak khemah berwarna biru di sebuah taman yang dikunjungi orang ramai.

Raih 2 Juta Dalam Masa Setahun Berniaga

Ketika ditanya oleh pemilik video tentang hasil jualan, peniaga tersebut mendedahkan mereka berjaya meraih sekitar RM2,243,021 (£400,000) dalam tempoh setahun.

Untuk info, peniaga berbangsa Cina ini sebenarnya dilahirkan di British dan berkahwin dengan rakyat Malaysia yang berasal dari Kelantan.

Sebelum membuka perniagaan itu pada tahun 2019, lelaki berkenaan memaklumkan bahawa dia merupakan seorang arkitek selama 10 tahun.

“Saya rasa saya dah hilang minat dalam bidang arkitek. Sebab tu saya mula buka bisnes jual Nasi Kerabu memandangkan saya pun dibesarkan dalam persekitaran yang dikelilingi dengan makanan,” ujarnya.

Jelas peniaga ini lagi, mereka mengambil beberapa tempoh untuk mengembangkan perniagaan kerana tidak ramai yang tahu tentang Nasi Kerabu di London.

“Sejujurnya, ambil masa juga untuk orang tahu tentang apa yang kami jual kerana bukan semua tahu tentang nasi berwarna biru ini,” katanya.

Penduduk Tempatan Di London Tertanya Macam Mana Peniaga Ini Buat ‘Nasi Biru’

Dua orang rakyat Malaysia yang menemu ramah peniaga itu juga diberi peluang untuk ‘bekerja’ sekejap di gerai tersebut dan sempat berbual dengan seorang penduduk tempatan di sana.

Ketika ditanya hidangan yang mahu dibeli, individu berkenaan berkata dia mahu membeli keropok kerana rasanya yang sedap.

Selain itu, dia juga tertanya-tanya bagaimana peniaga terbabit boleh memasak nasi berwarna biru.

Namun jawapan daripada pengguna TikTok ini agak menghiburkan. ‘Rahsia’ katanya!

Ramai Bangga Nasi Kerabu Dikenali Di Luar Negara

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang berbangga apabila hidangan popular dari Kelantan itu dipromosikan dalam video berkenaan.

Malah, mereka turut mendoakan agar perniagaan Nasi Kerabu itu akan semakin berkembang maju di London.

Seorang netizen pula katanya sudah boleh teka bahawa pasti salah seorang daripada ahli keluarga peniaga ini mempunyai latar belakang di sekitar Pantai Timur kerana memiliki kemahiran memasak hidangan tersebut.

“Waktu awal-awal nampak video ni, dah terfikir dah mesti dia ni dari Kelantan atau Pattani. Rupanya betul sebab isteri dia orang Kelantan,” ujar netizen tentang penjualan Nasi Kerabu di London itu.

Sumber: @christhechindian

Baca juga: Jurutera Ini Berhenti Kerja Dan Beralih Kepada Karier Pertanian Cili, Raih Lebih RM50,000 Untung Satu Musim

tags: | |