Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “RM7 Secucuk..”, Rakyat Malaysia Jual Sate Malaysia Di Australia, Raih Jualan Hingga 400 Batang Dalam Tempoh 3 Jam

“RM7 Secucuk..”, Rakyat Malaysia Jual Sate Malaysia Di Australia, Raih Jualan Hingga 400 Batang Dalam Tempoh 3 Jam

Kategori:
Sate Malaysia

Sebut sahaja Sate Malaysia, sememangnya ia digemari ramai kerana isinya yang terdiri daripada ayam juga daging yang membangkitkan selera.

Jika mengikut harga pasaran, peniaga menjual Sate Malaysia ini dengan harga RM1-RM2, bergantung kepada saiz ayam atau daging berkenaan.

Tetapi lain dengan peniaga sate yang menjual Sate Malaysia di negara luar, Australia. Menerusi video yang dimuatnaik di laman TikTok (@thepapanash), seorang ‘food reviewer’ bernama Papa Nash berkongsi kisah tentang pasangan suami isteri yang menjual sate ayam di Perth, Australia.

Zul dan isterinya telah menjalankan perniagaan yang diberi nama Satay Bro di Southern River, Perth menggunakan lori trak.

“RM7 Secucuk..”, Rakyat Malaysia Jual Sate Malaysia Di Australia, Raih Jualan Hingga 400 Batang Dalam Tempoh 3 Jam

Menerusi video tersebut, Papa Nash menunjukkan hidangan sate yang padat dengan daging tanpa lemak disediakan oleh Zul, manakala isterinya pula sedang menggoreng menu ayam berempah di dalam kuali.

Menurut Papa Nash, sate berkenaan boleh dibeli secara set dengan harga 12 AUD (RM36.62) atau 2 AUD (RM7) untuk sekeping serta dihidangkan bersama kuah kacang, bawang, timun dan nasi impit.Sate Malaysia

Gerai tersebut yang dibuka pada jam 2:00 petang turut menjual Mi Goreng dan Nasi Kuning Ayam Panggang.

Meskipun baru berniaga selama tiga bulan, tetapi jualan mereka difahamkan mencecah sehingga 400 batang sate sekitar jam 5:00 petang.

Katanya, kalau datang lambat memang confirm kena beratur panjang. Bak kata food reviewer ini, sate tersebut merupakan antara sate yang sedap pernah dimakannya. Siap bagi markah 10/10!Sate Malaysia

“Memang Sedap, Rasa Semua 10/10”Sate Malaysia

Melihat ruangan komen netizen, ramai yang berbangga dengan titik peluh orang Malaysia yang menjual sate di negara Australia berkenaan. Ada juga yang menghitung keuntungan yang diperoleh oleh peniaga yang dikenali Mr Zul tersebut.

“Orang Cocos mungkin kakak dan abang ni. Di Sabah dorang memang meniaga Satay. Sedap!”, tulis seorang netizen di video orang Malaysia jual Sate Malaysia di Australia itu.

@thepapanash

Malaysian Satay stall in Perth, Australia! These couple are from Malaysia and setup a business by the roadside in Souther River, Western Australia, selling Satay – known as Satay Bro (Part 2 👉🏻 @Papa Nash ) #thepapanash #papanash #satay #satayayam #sataydaging #australia #halalaustralia #halalaustralianmeat #sataybro #perth #perthfood #halalfoodperth #malaysia #MalaysianFood #malaysianfoodie #sabah #sataychicken #satayaustralia #malaysianfoodinaustralia #australianfood #ayamberempah #halalfoodaustralia #southernriver #westernaustralia

♬ Food Hunter – ZydSounds

@thepapanash Malaysian Satay stall in Perth, Australia! These couple are from Malaysia and setup a business by the roadside in Souther River, Western Australia, selling Satay – known as Satay Bro (Part 2 👉🏻 @Papa Nash ) #thepapanash #papanash #satay #satayayam #sataydaging #australia #halalaustralia #halalaustralianmeat #sataybro #perth #perthfood #halalfoodperth #malaysia #MalaysianFood #malaysianfoodie #sabah #sataychicken #satayaustralia #malaysianfoodinaustralia #australianfood #ayamberempah #halalfoodaustralia #southernriver #westernaustralia ♬ Food Hunter – ZydSounds

“Untung Banyak Ni, Memang Respect!” – NetizenSate Malaysia

Semoga perniagaan mereka makin maju dan dalam masa yang sama meluaskan budaya makanan Malaysia di luar negara.

Sumber: Papa Nash

Baca juga:“Mereka Dah Berdamai..”, Viral Gaduh Libatkan Penghantar Makanan & Pak Guard, Kini Sudah Berbaik

tags: |