Video seorang lelaki Amerika menyerang seorang warga emas warga Malaysia di Petaling Street baru-baru ini tular di media sosial.
Dalam klip berdurasi 43 saat yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @haiqalamn, kedua-duanya boleh dilihat berdepan dengan pihak polis selepas mereka bergaduh.
Lelaki tua itu terus menerangkan kepada polis apa yang berlaku di antara mereka manakala lelaki warga Amerika itu duduk di sebelahnya.
Selepas beberapa ketika, warga asing itu tiba-tiba berdiri dan menumbuk lelaki tua itu sehingga dia rebah ke lantai tanpa berdaya.
Pegawai di tempat kejadian berjaya memisahkan mereka, tetapi mangsa sudah cedera akibat dipukul.
“Pakcik itu mengalami kecederaan di kening! Mujur ada jururawat KPJ di tempat kejadian yang membantu memberinya pertolongan cemas,” kata seorang pengguna Twitter, yang turut melampirkan gambar warga emas itu menerima bantuan.
Menurut info, pergaduhan berlaku apabila lelaki warga Amerika itu ketiadaan wang untuk membayar minuman dan bertindak untuk memukul pemilik restoran.
“Okay dia macam ni. Mamat ni minum dekat situ. Dia minum 10 botol tapi takda duit nak bayar. Lepastu kurang ajar dengan owner cari gaduh. Dia start pukulan pertama dahulu. Owner balas, dan dorang gaduh-gaduh. Polis sampai, mereka leraikan,” terang pengantar video terbabit.
ko tengok ada polis pun dia boleh berani bantai. Mana orang tak marah? Credit : abang random airdrop lepas kejadian. pic.twitter.com/qcikSqxYcj
— aiman (@haiqalamn) February 2, 2023
Selepas meleraikan pergaduhan, warga asing itu kemudiannya ditangkap dan dibawa masuk ke dalam kereta polis.
Dalam video lain yang dikongsi oleh pengguna @khaliq_ghazali, lelaki itu boleh dilihat diseret oleh polis sebelum mereka nyanyi lagu Negaraku.
Pengguna itu juga mendakwa bahawa sebelum video itu diambil, lelaki asing itu menjerit, “Saya orang Amerika!”
Menjawab seruan lelaki itu, rakyat Malaysia yang menyaksikan kejadian itu mula menyanyikan lagu kebangsaan.
“Negaraku, tanah rumpahnya darahku!” orang ramai nyanyi lagu negaraku.