Di Malaysia, selain isu berkenaan kejatuhan nilai ringgit pada paras RM4.4 berbanding dolar di Amerika Syarikat pada Khamis lalu, konflik seperti inflasi dan krisis bekalan makanan dunia yang semakin membimbangkan memberi banyak kesan kepada semua pihak. Isu harga ayam misalnya.
Dan, pihak yang paling terkesan dengan isu ini adalah rakyat bawahan dan marhaen. Hal ini kerana, rakyat baru sahaja lega dengan pembukaan kembali industri ekonomi dalam menghadapi proses pemulihan dek kerana dibelenggu oleh penularan Covid-19.
Isu yang hangat diperkatakan dan boleh dikatakan sebagai masalah terus menerus adalah isu stok dan kestabilan harga ayam.
Melihat kepada isu ini, kartel ayam menyatakan kadar pertumbuhan ayam daging yang perlahan dan belum mencapai kadar berat badan yang boleh dipasarkan menjadi masalah utama kepada hal ini.
Terbaharu, telah tular satu video daripada seorang pengguna TikTok yang bernama Iswan Ishak meluah rasa kecewa dengan isu ayam ini. Dia menyatakan, bekalan ayam di pasaran semakin terjejas dan ekoran itu harga ayam telah naik mendadak.
“Dulu rakyat boleh beli ayam, tak boleh beli seekor, beli setengah ekor, tak boleh beli setengah ekor, boleh beli bahagian-bahagian. Bahagian peha boleh, bahagian kepak boleh.
“Ini yang kau nak beli rangka pun kau dah goyang. Rangka dekat pasar malam RM5. Habis kau nak salahkan siapa? Penjual? Peniaga pasar malam? Mana boleh, harga ayam mahal,” jelasnya dalam video berkenaan.
Katanya lagi, dia hanya menjadi orang tengah dalam mewakili hasrat dan luahan kebanyakan rakyat tentang isu ini dan berharap pihak yang bertanggungjawab mendengar luahan masyarakat dan rakyat terbanyak.
@dakayamkahau Mana tau suara rakyat aku ni smpai dekat dorang..rakyat tgh susah ni matt #kahaumatt #dakayamborak #padapadahandal
@iswanishak Mana tau suara rakyat aku ni smpai dekat dorang..rakyat tgh susah ni matt #kahaumatt #dakayamborak #padapadahandal ♬ original sound – iswan ISHAK
Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen juga bersetuju dengan luahan ini dan memberi pendapat bahawa pelaksanaan kadar baharu harga minimum sebanyak RM1500 tidak membantu sekiranya krisis harga makanan semakin naik dari hari ke hari.
Misalnya, menurut @4mierulus, dia berkata, “betul betul betul, gaji naik sikit pun tak berbaloi harga barang semua naik,”. Selain itu, @m.a.z juga berpendapat, “gaji basic RM1500 tak semua dapat. Bila naik tak adil, pastu harga barang naik kuantiti dikurangkan,” jelasnya di ruangan itu.
Dalam perkembangan yang sama, seorang pembekal ayam terbesar di Kota Bharu, Kelantan, @jukeeayam juga memberi pendapat berkenaan isu ini. Dia menjelaskan, kerajaan sepatutnya membenarkan ayam daripada negara jiran, Thailand masuk dengan lebih awal.
Dia juga berkata, dalam masa tiga bulan terdekat, masyarakat diharapkan mengurangkan kekerapan memakan ayam untuk menurunkan kembali harga dan mendapatkan balik kestabilan harga pasaran ayam mentah. Hal ini akan berlaku jika permintaan pasaran kurang.
Menerusi video perkongsiannnya di TikTok, dia berkata, “perlahankan makan ayam boleh tiga bulan dan tukar kepada makanan seperti ikan, daging, sotong, udang. Lama-kelamaan dia akan turun juga,”katanya.
@jukeeayam Kerajaan sepatutnya awal awal lagi bnrkan ayam Thailand masuk tnpa AP atau sebagaimana,lambat bertindak jadi mcm ni la dgn Cina gak,.aduh
@jukeeayamKerajaan sepatutnya awal awal lagi bnrkan ayam Thailand masuk tnpa AP atau sebagaimana,lambat bertindak jadi mcm ni la dgn Cina gak,.aduh♬ bunyi asal – jukeeayam
Jadi kesimpulannya, semua pihak yang bertanggungjawab haruslah memainkan peranan penting dalam mengendalikan isu ini dengan telus bagi membela kesusahan rakyat. Ini kerana, isu harga dan bekalan ayam ini adalah hal yang meliputi semua lapisan masyarakat daripada pembekal, peniaga dan pembeli.
Sumber: Iswan Ishak & Jukee Ayam
Baca juga: Harga Roti Canai Dijangka Meningkat Kerana Tepung Gandum Lebih Mahal