Sebuah sedutan dari drama Melur Untuk Firdaus tular di TikTok akibat prinsip keluarga Firdaus yang tak benarkan ahli keluarga bercakap di meja makan.
Memang tak dinafikan lakonan yang dipaparkan memang cukup mantap sehingga buatkan penonton sama-sama tersentak bila Walid naik angin.
“Keluarga ni ada prinsip. Masa makan, makan! Kalau nak berbincang, buat meeting keluarga. Itu pun Firdaus tak boleh ajar ke? Degil tak pernah diajar!” – Walid
Seterusnya adegan drama Melayu ni diteruskan dengan si Firdaus yang serta merta menegur Melur dan mengingatkan supaya patuh pada prinsip keluarga.
Sejak video yang dimuat naik oleh @arinst95 ini tular di TikTok, ramai netizen yang tak puas hati dengan prinsip meja makan yang diamalkan oleh keluarga Firdaus. Memang tak masuk akal!
Kata netizen, waktu makan bersama adalah detik yang sesuai untuk ahli keluarga beramah mesra. Asalkan tak bercakap dengan mulut penuh dan masih menjaga adab, rasanya tak salah untuk mulakan perbualan kecil di meja makan.
Lagipun, bagi sesetengah keluarga, waktu itu sajalah yang tersisa untuk mereka berkumpul dan bermesra.
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen yang berseloroh dan mencadangkan Melur untuk adakan meeting seperti yang dicadangkan oleh Walid.
Warganet juga nampaknya tak berkenan dengan sikap panas baran ayah Firdaus yang tak bertempat. Tak baik marah-marah depan rezeki, kan?
Lagipun, kalau tak boleh cakap, macam mana nak minta nasi tambah atau minta air? Berat juga ni.
Sementara itu, netizen yang sudah berkahwin nampaknya turut sentap dengan adegan drama ini. Justeru itu, ramai yang bersyukur dapat mertua yang sporting.
Coret salah seorang netizen, kalau betul-betul berlaku dalam kehidupan sebenar, si suami sepatutnya beritahu awal-awal untuk elakkan perbalahan dengan mertua.
Semasa artikel ini ditulis, video sedutan drama ini telah mendapat 12 juta tontonan selepas 3 hari dimuatnaik di TikTok!
Nampaknya, memang ramai peminat tegar drama Melur Untuk Firdaus termasuk dari penonton negara seberang. Yang muat naik video ni pun berasal dari Indonesia!
Apa pendapat anda dengan adegan drama Melayu ni? Agak-agaknya ada tak keluarga yang berprinsip tegas macam ni dalam kehidupan sebenar?
Sumber : TikTok @arinst95