Sejak tahun lalu, ramai individu yang tidak bertanggungjawab claim bahawa ada kaedah rawatan tradisional yang mampu menyembuhkan COVID-19. Seperti yang telah tular baru-baru di laman sosial, menerusi satu rakaman video kononnya Covid-19 boleh dirawat dengan menghidu rebusan bunga cengkih.
Dalam rakaman yang berdurasi 2 minit lebih, seorang lelaki mendakwa ahli keluarganya yang dijangkiti COVID-19 telah sembuh sepenuhnya selepas mengamalkan tips tersebut.
Selain dari menunjukkan bagaimana cara menyediakan bahan tersebut, dia turut menyeru orang ramai supaya menyebarkan petua tersebut.
Disebabkan oleh penularan video tersebut, ramai yang telah percaya dan ikuti tips itu. Seperti luahan seorang pengguna TikTok, dia memberitahu ayahnya yang kantoi merebus bahan masakan dengan pemanas air selepas melihat video itu di grup WhatsApp.
Lihat video di sini.
Susulan itu, Dr. Mahyuddin turut tampil memberi penjelasan di sebalik ‘petua’ yang telah viral itu. Beliau menegaskan jika individu mengalami simptom COVID-19 perlu segera ke hospital.
Bukan itu sahaja, kaedah menghidu wap panas juga boleh menyebabkan kerosakan pada salur pernafasan.
Sumber: TikTok Haikal, Facebook Dr. Mahyuddin Mohamed