Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Rakyat Merungut Stok Telur Asyik Habis, Rupanya Ini Antara Sebab Telur Kurang Dekat Kedai

Ramai Rakyat Merungut Stok Telur Asyik Habis, Rupanya Ini Antara Sebab Telur Kurang Dekat Kedai

Kategori:
stok telur asyik habis

Jika pergi ke kedai runcit atau kedai borong sekarang, kebanyakan pengguna dapat merasai ketiadaan telur atau kekurangan stok telur di kedai kan? Pasti ada tertanya apakah punca stok telur berkurang sehingga kerap kali sold out di kedai.

Ramai Rakyat Merungut Stok Telur Asyik Habis, Rupanya Ini Antara Sebab Telur Kurang Dekat Kedai

Pelbagai reaksi dan rintihan daripada rakyat tentang bagaimana pihak berwajib harus mengendalikan isu ini dan kesan ketiadaan telur kepada mereka.

stok telur asyik habis

Seperti yang dibaca di atas, rintihan itu semua harus didengari. Oleh sebab itu, menurut Sinar Harian, permintaan yang tinggi termasuk pembelian panik antara faktor menyebabkan bekalan telur berkurangan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Datuk Mark Ujin memberitahu, pusingan pengeluaran telur yang rendah juga menyebabkan masalah tersebut berlaku.

“Ia hanya berlaku gangguan bekalan, bukan stok tidak ada tetapi dari segi permintaan tinggi dan pada masa sama pengeluar ada masa ‘down time’ yang mana memerlukan masa untuk kembalikan semula barisan pengeluaran,” katanya mengulas isu stok telur asyik habis pada akhir-akhir ini.

Bukan Sebab Stok, Permintaan Terlalu Tinggi

stok telur asyik habis

Memetik laporan Malaysiakini pada minggu lepas, Timbalan Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid berkata antara yang akan dibincangkann ialah alasan diberikan pihak pengeluar. Mereka mendakwa tempoh kawalan harga siling telur ayam terlalu lama. Ia menyebabkan terdapat pengusaha telur ayam menutup perniagaan mereka.

“Alasan yang diberikan oleh pemain industri, saya tidak tahu ia betul atau tidak, adalah kerana kawalan harga siling yang terlalu lama. Ia berlaku sepanjang tahun berbanding sebelum ini antara seminggu dan dua minggu khususnya pada musim perayaan.

“Mereka mendakwa ini menjejaskan rantaian bekalan telur ayam. Bagaimanapun, kerajaan juga mengambil langkah intervensi.

“Ia dengan menyalurkan subsidi telur ayam yang kini dinaikkan kepada lapan sen sebiji,” katanya yang turut mengulas isu stok telur asyik habis pada akhir-akhir ini.

Rosol berkata kementeriannya turut meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) memastikan kelancaran tuntutan subsidi itu. Ini bagi memastikan ia tidak dijadikan alasan oleh pemain industri dan menjamin bekalan telur sentiasa stabil di pasaran.

“Sebelum ini pun kita ada bincang dengan Mafi untuk penyelesaian sementara, sama ada kita boleh import telur tetapi saya difahamkan harga telur di luar negara pun agak mahal dan mata wang kita juga agak lemah ketika ini,” katanya.

Nak Import Telur Luar Mahal & Ringgit Juga Lemah

stok telur asyik habis

Dalam pada itu, beliau mengakui turut menerima rungutan daripada orang ramai mengenai kekurangan bekalan telur ayam sejak kebelakangan ini terutama bagi Gred A, B dan C di kebanyakan kawasan di seluruh negara sehingga menjejaskan golongan peniaga.

Baca juga: Pengusaha Muruku Luah Rasa Syukur, Permintaan Tinggi Dari Pelanggan Berbilang Kaum Sempena Deepavali

tags: | |