Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Bahaya Sosej Yang Ramai Tak Tahu, Boleh Membunuh Kanak-Kanak Dalam Beberapa Saat Sahaja!

Bahaya Sosej Yang Ramai Tak Tahu, Boleh Membunuh Kanak-Kanak Dalam Beberapa Saat Sahaja!

Kategori: ,
bahaya hotdog

Hot Dog atau dikenali juga dengan nama sosej merupakan makanan segera yang diproses. Yang mana mempunyai pelbagai risiko masalah kesihatan jika di ambil dengan kadar yang tinggi. Selain masalah kesihatan, Pakar kanak-kanak menyarankan agar tanda AMARAN diletakkan di plastik pembungkus Hot Dog kerana ianya merupakan makanan utama yang menyebabkan kes tercekik di kalangan anak-anak.

Menurut kajian American Academy of Pediatrics, 17% kes tercekik makanan berpunca dari Hot Dog terutamanya bagi kanak kanak yang berusia bawah 3 tahun di mana gigi belum tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah Hot Dog. Bagi kanak kanak lebih 3 tahun, kemahiran mengunyah belum di kuasai sepenuhnya menyebabkan risiko tercekik ketika menjamah Hot Dog.

Apakah Hot Dog penyedal saluran pernafasan kanak-kanak?

Menurut Dr Gary Smith, Pengarah Center for Injury Research and Policy at Nationwide Children’s , Ohio. Benar sekali Hot Dog adalah penyedal saluran penafasan. Apabila Hot Dog telah menyedal saluran pernafasan, percayalah, agak mustahil untuk mengeluarkannya.

Hot Dog dan Kanser Usus

Kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi sememangnya di ketahui umum menyebabkan maslaah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Lebih menarik lagi, kandungan NITRITE di dalam Hot Dog dan kebanyakan makanan proses lain di ketahui menyebabkan kanser usus. Dari 2008- 2013, terdapat 4501 kes kanser usus di Malaysia terutamanya dikalangan kaum cina dan ia merupakan antara pembunuh utama di Malaysia.

NITRITES merupakan garam tambahan yang di gunakan sebagai bahan pengawet di dalam Hot Dog. Apabila ia dicernakan di dalam sistem penghadaman, bakteria akan menukarkannya kepada N-Nitroso yang merupakan bahan kompaun menyebab kanser. Menurut WHO’s International Agency for Research on Cancer setiap 50g daging proses yang di makan, meningkatkan risiko kanses usus sebanyak 18%.

Susu Dan Buah Buahan Penawar Kesan Hot Dog

Kajian makmal awal saintis membuktikan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium dapat mengurangkan kesan bahan berkanser di dalam Hot Dog. Dalam kajian beliau, tikus yang diberikan kalsium tidak menunjukkan peningkatan paras Tumor Marker berbanding tikus yang di beri Hot Dog. Oleh itu pengambilan makanan yang mengandungi Kalsium seperti susu dan yogurt mungkin boleh menjadi “penawar” kepada bahan kanser yang di makan dari Hot Dog.

Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi bahan anti oksida dan vitamin C seperti buah buahan dan sayuran juga dapat membantu mengurangkan “kesan buruk” dari pengambilan Hot Dog.

Jadi apa yang masyarakat perlu tahu adalah kesan buruk dan bahayanya. Sekiranya anda sungguh-sungguh mahu berikan Hot Dog kepada anak-anak, potong kecil Hot Dog tersebut dan pastikan hidangan di seimbangkan dengan buah-buahan, sayuran atau produk tenusu. Dan pastikan jangan makan terlalu kerap!

tags: |