Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dari Pukul 6 Pagi Aku Tunggu..”, Rantai Motosikal Putus Tiada Yang Bantu, Lelaki Ini Berhenti Makan Bekal Tepi Jalan Buat Ramai Sebak 

“Dari Pukul 6 Pagi Aku Tunggu..”, Rantai Motosikal Putus Tiada Yang Bantu, Lelaki Ini Berhenti Makan Bekal Tepi Jalan Buat Ramai Sebak 

Kategori:
rantai motosikal rosak

Pernahkah anda mengalami masalah motosikal atau pun kereta rosak sewaktu dalam perjalanan ingin pergi kerja. Pastinya ia merupakan satu keadaan yang memeritkan. Bayangkanlah kita tergesa-gesa nak pergi kerja namun kenderaan pula rosak.

Berkenaan dengan kenderaan rosak ini, seorang lelaki di aplikasi TikTok berkongsi situasi di mana rantai motosikal miliknya putus sewaktu ingin pergi kerja.

Tidak dapat dipastikan siapa yang ditunggu untuk membantunya, namun orang tersebut tidak kunjung tiba. Memandangkan dia menunggu dari jam 6 pagi, dia mengambil keputusan untuk makan bekal yang dibawanya di tepi jalan sebelum meneruskan perjalanan.

@amarzulkifli😭😭##fyp ##foryou ##sedih

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa sebak melihat video yang dikongsikan oleh Amar Zulkifli ini. Rata-rata dari mereka mendoakan lelaki ini dan memintanya bersabar.

Bukan itu sahaja ada juga yang memberikan kata semangat mengatakan lelaki ini bertuah dipilih Allah dan diuji sedemikian rupa.

Sabar je bang..

Dapat dilihat dari ruangan komen, motor tersebut ditolak kembali ke rumah kerana dia tidak mempunyai wang untuk dibawa ke bengkel. Tolak sendiri berjam-jam memandangkan musim Covid sekarang tiada yang membantu.

Semoga ada yang bantu..

Anda bertuah..

Memang benar, bertuah bagi sesiapa yang diberikan ujian oleh Allah. Itu tandanya Allah sayang dan Allah ingat akan hambanya. Kita sebagai hambanya tetaplah bersabar dan mendoakan yang terbaik.

Walaupunbegitu, kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, ringankan lah mulut dan tangan untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan.

Kredit: TikTok amarzulkifli

Baca juga: Viral Berkenaan Atuk Buat GrabFood Di Usia 68 Tahun, Rupa-Rupanya Ini Sebabnya. Terpaksa Tanggung..

tags: | |