Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Anda Menghadapi Masalah Buah Pinggang? Mungkin Anda Boleh Ikhtiar Amalkan Petua Ini

Anda Menghadapi Masalah Buah Pinggang? Mungkin Anda Boleh Ikhtiar Amalkan Petua Ini

Kategori: ,
petua merawat sakit buah pinggang

Buah pinggang atau ginjal merupakan organ yang penting yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utama buah pinggang adalah mengekalkan imbangan homeostatik. Setiap tahun dianggarkan lebih kurang 6000 kes baru dari kalangan yang berumur 40 hingga 60 tahun.

Ramai yang kurang pendedahan dan tidak tahu tanda awal bagi penyakit buah pinggang. Antara simpton penyakit tersebut adalah kencing keruh dan berbuih. Kerap berasa letih dan lemah, kulit sentiasa kering dan gatal serta selalu sakit belakang pinggang.

Dan mungkin juga ramai di antara kita telah menghadapi masalah buah pinggang. Ada yang terpaksa melakukan dialisis dan ulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Iya, penat. Tetapi hanya itu cara yang boleh kita lakukan untuk sihat dan terus bertahan.

Dalam masa yang sama anda mungkin boleh ikhtiar menggunakan atau amalkan petua ini. Petua ini dikongsi oleh Shahidan Ahmad di laman facebook.

Petua Merawat Masalah Buah Pinggang

  1. Ambil 3 atau 7 biji tumbol kelapa.
  2. Blend sambil campur dengan air mineral.
  3. Tapis, selepas itu masukkan madu satu sudu.
  4. Kacau ikut pusingan tawaf sambil baca solawat syifa.
  5. Amalkan setiap pagi atau sekurangnya 3 kali seminggu.
  6. Di samping itu, amalkan juga olivie30 atau olive oil satu sudu sebelum sarapan dan satu sudu sebelum tidur.

Nota: Anda boleh lihat petanda gejala seperti sakit di bahagian pinggang semakin berkurangan. Pembuangan air kencing juga semakin baik dan lancar.

Kredit: Shahidan Ahmad

Baca Juga: Asalnya Nak Bagi Biskut Kering Saja Dekat Kawan, Akhir Sekali…

tags: | |