Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Pahit..” Reaksi Comel Makcik Pertama Kali Minum Starbucks, Awalnya Kata Tak Nak Tapi Habis Separuh Juga

“Pahit..” Reaksi Comel Makcik Pertama Kali Minum Starbucks, Awalnya Kata Tak Nak Tapi Habis Separuh Juga

Kategori: ,
minum starbucks

Minuman Starbucks merupakan antara minuman yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia pada hari ini. Agak mahal namun minuman ini tetap digemari lebih-lebih lagi bagi peminat minuman berkopi serta orang-orang muda. Lihat sahaja di cawangan yang terdekat dekat anda, memang jarang sekali kelihatan golongan tua yang mengunjungi restoran branded ini.

Ramai golongan tua atau mak ayah kita yang tidak mahu akan minuman mahal ini. Kata mereka pelik, lebih baik minum sahaja kopi di rumah. Lebih enak dan sedap. Hal yang lebih kurang sama juga turut berlaku kepada ibu kepada seorang wanita ini.

Reaksi comel makcik ini saat minum starbucks

Menerusi perkongsian video menerusi aplikasi TikTok berkenaan ibu Qissazzled yang minum Starbucks raih perhatian orang ramai. Reaksi ibunya selepas minum air tersebut sangat comel. Menerusi video tersebut juga, kelihatan muka ibunya berkerut selepas menyedut air Starbucks tersebut.

Setelan menelan minuman tersebut, ibunya juga sempat berkata pahit selepas Qissazzled berkata sedap. Walaupun begitu, menerusi ruangan komen Qissazzled mengatakan pada awalnya ibunya tidak mahu. Bagi free sekalipun dia tetap tidak mahu tapi akhirnya habis separuh gelas.

https://www.tiktok.com/@qissazzled/video/7048912660020137242?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274

@qissazzled Mak saya try starbuck! #starbucksdrinks #tiktokdrink #fyp ♬ original sound – Qissazzled

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji ibunya yang kelihatan sangat comel ini. Bukan sahaja dari segi kelakuan namun dari segi reaksi muka juga sangat comel.

Ada juga yang sempat bertanya apa nama air tersebut. Mungkin ada yang terliur selepas melihat ibu ini menikmatinya. Tidak kurang juga ada yang berasa risau memandangkan air tersebut tinggi gulanya.

Comel sangat kan makcik ni. Mungkin inilah gelagat atau reaksi mak ayah kita bila pertama kali cuba minuman Starbucks ini. Didoakan semoga makcik ini sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmatnya.

Kredit: TikTok Qissazled

Baca juga: “Sampai Rumah Customer Confirm Tinggal Bekas Je..” Packaging Starbucks Tak Selamat, Abang GrabFood Risau Bila Dapat Order Minuman Mahal Ini

tags: