Pernah tak anda berfikir untuk makanan laut yang banyak? Penuh pinggan? Mesti ada yang pernah kan? Red Lobster kini tidak menawarkan satu hidangan tetapi tiga hidangan makanan laut yang berbeza dengan harga yang berpatutan! Cepat bawa keluarga dan rakan-rakan anda kerana promo ini hanya berlangsung sehingga 12 April 2020 sahaja!
Platter ini juga datang dengan biskut Cheddar Bay tanpa had !
Seafood Galore Platter adalah promosi yang utama kerana ia termasuk pelbagai jenis makanan laut! Seafood Galore Platter yang berwarna-warni ini dilengkapi dengan: lobster Kanada, udang harimau, sotong, salmon, fillet ikan putih, dan skewers kerang. Kesemuanya dimasak dengan sempuna untuk hidangan anda semua.
Seafood Galore yang segar ini juga dilengkapi dengan nasi lemon, roti bawang putih panggang dan brokoli kukus. Satu pinggan Seafood Galore ini hanya RM259 dan boleh dikongsi oleh empat orang.
Sekiranya anda terdiri daripada tiga orang, anda boleh memilih Seafood Feast Platter ! Hidangan ini dilengkapi dengan salmon, fillet ikan putih, udang harimau, sotong dan kerang, serta disajikan dengan nasi lemon, roti bawang putih panggang dan broccoli kukus. Makanan menjimatkan wang ini hanya berharga RM129!
Seafood Crunch Platter sangat sesuai untuk mereka yang suka makanan laut yang bergoreng dan bukannya panggang. Hidangan gorengan yang lazat ini disertakan dengan udang celup tepung, udang harimau, ikan tempura dan kerang, dihidangkan bersama-sama kentang goreng dan brokoli kukus. Harga hanya RM89, hidangan ini sesuai untuk dua orang.
Di setiap hidangan makanan laut ini, pengunjung boleh menikmati diskaun hidangan pencuci mulut yang terpilih dan 30% pada semua mocktail apabila anda memesan mana-mana hidangan di atas!
Red Lobster Malaysia Outlets:
1) Quill City Mall
2) The Curve
3) AEON Mall Shah Alam
Status: Mesra Muslim
Sumber gambar & rujukan : KL Foodie