Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Rendang Ayam Crispy Mudah, Pertama Kali Masak Pun Jadi

Rendang Ayam Crispy Mudah, Pertama Kali Masak Pun Jadi

Kategori:

Rendang ayam memang sinonim dimakan bersama ketupat mahupun nasi himpit, tapi boleh juga dimakan begitu sahaja.

Rendang sebenarnya ada macam-macam jenis , ada versi “Rendang Tok” ada juga “Rendang Daging“ dan jarang juga kita dengar ialah rendang ayam crispy.

Kali ini, kami ingin kongsikan resepi untuk menyediakan rendang ayam crispy. Resepi yang senang untuk disediakan pada bila-bila masa. Selamat mencuba!

Resipi Rendang Ayam Crispy Sedap

Bahan-bahan (ayam):

  • Paha ayam
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar garam
  • Minyak

Bahan-bahan (kisar):

  • 2 inci lengkuas (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Bahan-bahan (kuah rendang):

  • 2 1/2 sudu besar cili kisar
  • 1 cawan santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 1/2 helai daun kunyit (dihiris)
  • Minyak

Cara-cara penyediaan:

  1. Salut ayam bersama tepung gandum, tepung jagung dan garam.
  2. Goreng hingga keemasan.
  3. Untuk kuah rendang, kisar lengkuas, halia, serai, bawang merah dan bawang putih.
  4. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga garing.
  5. Masukkan santan. Gaul.
  6. Masukkan kerisik, asam keping, garam, gula melaka dan daun kunyit. Gaul.
  7. Hidangkan ayam dengan kuah rendang.
Selamat Mencuba…
tags: