Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Rendang Tok Paling Sedap, Memikat Hati Ramai Orang Dengan Rasanya Yang Luar Biasa

Rendang Tok Paling Sedap, Memikat Hati Ramai Orang Dengan Rasanya Yang Luar Biasa

Kategori: ,

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut Hari Raya ? Pasti anda yang sudah tiba di kampung kini sedang merancang juadah untuk disajikan nanti.

Dah pernah cuba buat rendang tok ?  Rendang tok ini telah memikat hati ramai orang dengan rasanya yang luar biasa.

Lain daripada yang lain. Resepi turun temurunlah katakan. Jom kita lihat resepinya!

Rendang Tok Paling Sedap, Memikat Hati Ramai Orang Dengan Rasanya Yang Luar Biasa

Bahan-bahan :

  • 1 kilo daging
  • 1 kilo santan
  • 1/2 kilo kerisik
  • 15 biji cili kering.. goreng dulu
  • 4 barang serai
  • Halia
  • Lengkuas,
  • 2 atau 3 biji bawang besar
  • 5 bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • Gula Melaka secukup rasa

*Semua bahan di atas di kisar

  • 2 sudu jintan manis
  • 2 sudu jintan putih
  • 2 sudu ketumbar

ahan ini disangai dulu kemudian dikisar bersama bahan di atas

CARA PENYEDIAAN:

  1. Perap daging yg dipotong besar dengan bahan tadi. Biarkan sekejap.
  2. Tumis rempah 4 beradik, buah pelaga bunga lawang cengkeh kilit kayu manis.
  3. Masukkan daging gaul rata rata. Kemudian masukkan santan.
  4. Gaul dan masak dengan api perlahan.
  5. Kalau mahu boleh tambah asam jawa sedikit dan daun kunyit yang diracik. Juga 1 sudu rempah kari.
  6. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Datin Asima Abdul Latif

Baca juga : Cara Mudah Buat Muffin Larva Coklat Cadbury, Tak Perlu Guna Mixer Pun

tags: