Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Acar Ikan Masin Kurau, Makan Dengan Nasi Panas Pun Dah Sedap. Ini Cara Penyediaan Paling Mudah!

Resipi Acar Ikan Masin Kurau, Makan Dengan Nasi Panas Pun Dah Sedap. Ini Cara Penyediaan Paling Mudah!

Kategori: ,

Dulu kita selalu tengok hanya orang kampung sahaja yang gemar memakan ikan masin. Sekarang zaman moden, segenap lapisan menggemarinya kerana boleh mengenyangkan.

Pada zaman sekarang juga, banyak resepi baharu yang melibatkan ikan masin ini. Antaranya ialah acar ikan masin.

Resepi Acar Ikan Masin Kurau, Makan Dengan Nasi Panas Pun Dah Sedap. Ini Cara Penyediaan Paling Mudah!

Resepi ini mudah sahaja untuk diikuti kerana ianya mengambil masa biasa sahaja untuk menyiapkannya. Resepi Acar Ikan Masin ini sesuai untuk dimakan bersama nasi putih yang sedang hangat.

acar ikan masin kurau

Bahan-Bahan:

  • 200 gram isi ikan masin ikan masin kurau
  • 10 biji bawang merah kecil
  • 10 ulas bawang putih
  • 20 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
  • 3 camca besar cuka makan
  • 1 camca besar gula melaka
  • 3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)
  • 2 tangkai daun kari, dilurutkan
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 cawan air

Bahan-Bahan Kisar Halus:

  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup

Bahan-Bahan Rempah:

  • 1 camca teh ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
  • 3/4 camca teh halba
  • 1 camca teh biji sawi

Cara Penyediaannya:

  1. Isi ikan kurau masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit.
  2. Kemudian toskan dan biar kering sekejap.
  3. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan.
  4. Bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga harum dgn api kecil dan kacau selalu.
  5. Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.
  6. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan).
  7. Tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing.
  8. Tambah bahan2 rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.
  9. Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam.
  10. Masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata.
  11. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula.
  12. Matikan api dan boleh hidangkan bersama nasi putih.

acar ikan masin kurau acar ikan masin kurau

Mudah sahaja, anda boleh gantikan ikan masin tersebut dengan masin yang lain seperti ikan talang. Tetapi ini pun sudah cukup sedap untuk dinikmati.

Kredit: Empunya Resepi

Baca Juga: Resepi Acar Telur Masin Dengan Rasa Masam Manis, Gandingan Tepat Makan Bersama Bubur & Nasi Panas

tags: | |