Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Agar-Agar Cermin Yang Cantik, Sesuai Untuk Hidangan Pencuci Mulut Yang Unik

Resepi Agar-Agar Cermin Yang Cantik, Sesuai Untuk Hidangan Pencuci Mulut Yang Unik

Kategori: ,
agar-agar-cermin

Untuk resepi pencuci mulut, kadang-kadang kita buntu nak masak apa sebab menu dan resepi terlalu banyak untuk dirujuk. Seperti semua tahu, agar-agar merupakan kuih sejenis gel daripada bahan bergelatin. Ia hadir dalam pelbagai rasa, bentuk dan rupa.

Jadi, untuk resepi kali ini, kami ingin mengongsikan satu resepi agar-agar cermin yang sedap dan lazat. Bukan itu sahaja, bentuknya yang cantik dihiasi pelbagai warna pelbagai buah menjadikan ia sedap dipandang!

Resepi Agar-Agar Cermin Yang Cantik, Sesuai Untuk Hidangan Pencuci Mulut Yang Unik

Bahan-bahan

  • Agar-agar bertali
  • Air secukupnya
  • Gula pasir secukupnya
  • Gula batu
  • 1 tin longan
  • Buah strawberry (belah dua)
  • Buah mangga (potong dadu)
  • Buah kiwi (potong bulat)
  • Biji selasih (rendam dengan air panas)

Cara penyediaan:

  1. Masak agar-agar sampai hancur.
  2. Sambil tunggu agar-agar hancur, boleh sediakan buah-buahan mengikut citarasa.
  3. Basahkan loyang atau acuan dengan sedikit air dan ketepikan.
  4. Kemduian, barulah masukkan gula pasir dan gula batu.
  5. Setelah agar-agar dan gula dan betul-betul hancur, masukkan pula air longan tadi dan biarkan agarr-agar tadi betul-betul mendidih dan barulah tutup api.
  6. Larutkan dulu sedikit agar-agar tadi ke dalam loyang, taburkan biji selisih dan buah-buahan mengikut citarasa.
  7. Biarkan sebentar selama 5 minit barulah masukkan lebihan agar-agar tadi.
  8. Biarkan sehingga wap hilang barulah masukkan ke dalam peti.
  9. Tadaaa dah siap! Sedap dimakan sejuk-sejuk.

agar-agar-cerminagar-agar-cermin agar-agar-cermin

Haaa! Bila dah siap, bolehlah kalau nak hidangkan, terus je ambil agar-agar cermin dalam peti. Hidang sejuk-sejuk lagi sedap. Bila masuk ke dalam tekak tu rasa sejuk dan nyaman.

Selain itu, agar-agar ini juga boleh dijadikan hadiah kepada yang tersayang sebab rupa dan bentuknya yang cantik . Bayangkan, dengan air tangan yang kita sendiri buat, pasti si penerima menghargainya!

Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Aminatul

Baca juga: Pernah Gagal Masak Nasi Beriani? Ini Resepi Nasi Beriani Anti Gagal Yang Mantap!

tags: | |