Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Air Mango Dessert Yang Sedap Ni, Bahannya Mudah Sahaja Yang Penting Sedap!

Jom Buat Air Mango Dessert Yang Sedap Ni, Bahannya Mudah Sahaja Yang Penting Sedap!

Kategori:
resepi dessert air mango

Kadang kala mungkin kita rasa nak makan sesuatu yang manis kan. Tetapi manis yang menyejukkan anak tengkuk kita. Kalau dapat pula makan waktu panas-panas, lagi lah sedap. Jadi memandangkan sekarang musim panas, apa kata kita cuba buat air mango dessert ini dekat rumah masing-masing. Senang je, ikut je bahan di bawah. Buat, siap dan sedia untuk dinikmati.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan susu segar
  • 1 paket serbuk jelly flavour mangga(masak & sejukkan serta di potong dadu
  • 1/2 cawan whipping cream(boleh ganti dgn susu cair)
  • 1 cawan susu pekat(ikut manis yg kita nak)
  • 1 cawan sagu(masak dengan air yg mendidih & tapiskan)
  • 1 tin laici tin(ambil buah sahaja)
  • 2 biji mangga (dipotong dadu)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan semua bahan di atas dan letak ais batu.
  2. Siap untuk di hidang.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Fatien Zaini

tags: