Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Aiskrim Homemade Pelbagai Perisa, Guna Blender Jer!

Resepi Aiskrim Homemade Pelbagai Perisa, Guna Blender Jer!

Kategori:
Aiskrim Homemade Pelbagai Perisa

Genap seminggu sudah Ramadan tahun ini. Siang hari mesti duk mengidam macam-macam kan? Maklumlah puasa memang semua benda terliur. Lagi-lagi kalau dapat aiskrim sejuk-sejuk memang perghh. Lagi sedap kalau buat sendiri, makin bertambah kesedapan tu. Mudah je sebenarnya nak buat aiskrim homemade pelbagai perisa ni menggunakan resepi perkongsian oleh Fauziah Johanis. Jom cuba buat!

Resepi Aiskrim Homemade Pelbagai Perisa

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 2sb ovellete
  • 3sb susu pekat
  • 1sk perisa & pewarna (ikut nak perisa apa, kalau nak 2 perisa, bahagikan adunan kepada 2. Satu peisa vanilla, satu lagi perisa strawberi. Buat corak macam kek marble).
  • Coklat chip/coklat rice

Cara-cara:

  1. Mixer atau blender semua bahan-bahan di atas sehingga sebati. Pukul sehingga kembang dan tekstur menjadi licin.
  2. Letak dalam bekas tupperware. Masukkan coklat rice atau coklat chip.
  3. Simpan dalam peti semalaman.

Kredit: Fauziah Johanis

Selamat mencuba!

 

Baca juga: Resepi Aiskrim Baskin Robbin Termudah, Hanya Dengan 3 Bahan

tags: |