Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Aiskrim Jalur Gemilang Yang Mudah, Jom Sama-Sama Kita Pupuk Semangat Kemerdekaan!

Cara Buat Aiskrim Jalur Gemilang Yang Mudah, Jom Sama-Sama Kita Pupuk Semangat Kemerdekaan!

Kategori: ,
resepi aiskrim bendera jalur gemilang

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 64 tahun. Sejak berapa tahun kebelakangan ini, tiada lagi sambutan hari kemerdekaan yang meriah seperti sebelum ini kan? Hal tersebut disebabkan oleh Covid-19 yang melanda dunia saat ini.

Jadi apa kata kita pupuk semangat kemerdekaan ini dengan membuat Aiskrim Jalur Gemilang. Pasti anak-anak suka dan secara tak langsung ianya dapat memupuk semangat kemerdekaan dalam diri mereka. Jom kita lihat cara yang dikongsikan oleh Raini Rina Amri.

Resepi Mudah Aiskrim Jalur Gemilang 

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 4 tin air
  • 1/2 cawan gula
  • 3 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 sudu teh serbuk jelly/serbuk agar agar
  • Esen vanilla
  • Garam
  • Strawberry filling – beli di Shopee
  • Pewarna biru dan kuning

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan susu pekat, susu cair, air, esen vanilla dan garam. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan serbuk jelly. Didihkan sekejap kemudian tutup api.
  3. Sementara tunggu bancuhan susu sejuk, paipkan strawberry filling ke dalam plastik aiskrim. Buat corak melintang.
  4. Bahagikan bancuhan susu kepada 3 warna, putih biru dan kuning.
  5. Untuk lapisan pertama, masukkan warna putih. Kemudian warna biru dan akhir sekali warna kuning.
  6. Ikat aiskim, dan bekukan.
  7. Siap untuk dimakan.

Mudah je kan nak buat Aiskrim Jalur Gemilang ini? Bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapatkan. Jadi tunggu apa lagi, jom kita sediakan dan jangan lupa juga untuk sampaikan cerita mengenai hari kemerdekaan ini kepada anak-anak kita.

Selamat mencuba!

Kredit Resepi: Raini Rina Amri

Kredit Gambar: Chepah

Baca juga: Resepi Simple Ais Krim Yogurt, Sedap Sangat. Sebiji Macam Aiskrim Mahal!

 

tags: | |