Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Filipina Kongsi Resepi Aiskrim Mangga Cheese, Enak Dimakan Ketika Musim Panas Begini!

Wanita Filipina Kongsi Resepi Aiskrim Mangga Cheese, Enak Dimakan Ketika Musim Panas Begini!

Kategori:
resepi aiskrim mangga cheese

Musim panas memang best kalau dapat makan aiskrim. Sejuk je anak tekak, tenang sekejap hidup. Tapi nak lebih sedap dan penuh lemak mungkin korang boleh cuba buat Aiskrim Mangga Cheese ini. Resepi ini mahal tau, diterbangkan khas dari Filipina tau. Tengok gambar tu pun dah tahu sedap, kalau dapat rasa memang sedap sungguh. Jadi jom kita buat sekarang. Nanti dah siap masukkan dalam ais, kemudian boleh makan terus.

Wanita Filipina Kongsi Resepi Aiskrim Mangga Cheese, Enak Dimakan Ketika Musim Panas Begini!

BAHAN-BAHAN:

  • Mango
  • Cheddar cheese block (dipotong dadu)
  • Condense milk
  • All purpose cream/whipping cream

CARA PENYEDIAAN:

  1. Potong sebahagian mangga
  2. Sebahagian lagi kisar dan jadikan seperti puree. Ketepikan dulu. 
  3. Masukkan krim dan pukul sehingga gebu dan kemudian masukkan susu pekat dan gaul hingga sebati. 
  4. Selepas itu masukkan mangga yang dikisar tadi dan gaul sehingga rata. 
  5. Selepas telah diratakan, masukkan mangga dan cheese yang dipotong dadu. Gaulkan. 
  6. Seterusnya untuk bagi nampak cantik, letakkan sedikit mangga dan cheese yang dipotong dadu di atas aiskrim tersebut.
  7. Kemudian masukkan dallam peti ais semalaman atau sehingga keras.
  8. Siap untuk dimakan. 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Fb Eunice Nicole A.Ayuban

Baca juga: Resepi Aiskrim Coklat Homemade, Sumpah Sedap Rasa Macam Cadburry. Sangat Sedap Dan Menjimatkan!

tags: