Resepi aiskrim oreo homemade yang di kongsi oleh seorang warganet ini sangat mudah untuk disediakan. Hanya menggunakan 4 bahan sahaja tetapi rasa dan teksturnya memang memuaskan. Kalau buat confirm sekejap je dah licin ni. Lagi pun kalau buat sendiri lebih jimat berbanding beli dekat kedai tau!
Jom Buat Aiskrim Oreo Homemade Ini, Sangat Sedap Dan Mudah. Guna 4 Bahan Je!
BAHAN-BAHAN
Bahan A:
- 1 1/2 gelas susu cair (saya guna susu Full Cream)
- 1/2 tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan B:
CARA PENYEDIAAN:
- Campurkan kesemua bahan A tadi dan blend sampai gebu
- Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja. Ketuk pakai lesung batu pun boleh tapi tak perlu hancurkan sangat sampai lumat ye hihi
- Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas ais krim (baru la fefeeling ais krim) dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul bagi sebati
- Serbuk2 oreo yang ada, taburkan atas ais krim
- Masukkan ke dalam freezer sampai beku
- Siap untuk di makan.
SELAMAT MENCUBA!
Baca juga: Cara MUDAH Buat Ais Krim Sebijik Macam Neapolitan Nestle, Jimat Sangat