Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nak Buat Aiskrim Solero Jadi Aiskrim Malaysia Pun Boleh Tau! Mudah Dan Sedap, Boleh Makan Sepuasnya!

Nak Buat Aiskrim Solero Jadi Aiskrim Malaysia Pun Boleh Tau! Mudah Dan Sedap, Boleh Makan Sepuasnya!

Kategori:
resepi aiskrim solero malaysia

Rupa-rupanya nak buat aiskrim Malaysia berperisa macam Solero pun boleh tau. Bagi sesiapa yang tak tahu aiskrim Solero keluaran Wall’s ini sebenarnya mempunyai gabungan dua rasa. Iaitu limau dan vanilla. Memang sedap sangat rasanya.

Tapi kalau ahli keluarga ramai dan hari-hari teringin nak makan aiskrim Solero Wall’s ni nampak gayanya muflis lah. Kalau nak jimat dan makan sepuasnya anda boleh buat sendiri letak dalam plastik macam aiskrim Malaysia tu je. Anda boleh rujuk resepi kat bawah ini. InshaAllah menjadi dan sedap!

Resepi Aiskrim Solero Jadi Aiskrim Malaysia Yang Mudah!

UNTUK AIS LIMAU:

Bahan-Bahan:

  • 1.5 liter air
  • Gula (sesedap rasa)
  • Serbuk limau nipis atau pati limau nipis (sesedap rasa)
  • Pewarna hijau (gelap sikit cantik)
  • 2 sudu tepung jagung

Cara Penyediaan:

  1. Kacau semua bahan hingga larut.
  2. Kemudian masak hingga mendidih.
  3. Sejukkan.

UNTUK SUSU PERISA VANILLA :

Bahan-Bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 1 sdb ovallete
  • 1 sdb esen vanilla
  • Gula (sesedap rasa. Tak perlu banyak sebab susu pekat dah manis)
  • 2 cawan kecil air
  • 2 sdb tepung jagung

Cara Penyediaan:

  1. Kacau semua bahan sehingga larut.
  2. Masak hingga mendidih.
  3. Sejukkan.
  4. Kemudian apabila semua bahan dah siap. Boleh tuangkan ke dalam plastik aiskrim.
  5. Masukkan yang perisa vanilla separuh terlebih dahulu dan kemudian baru masukkan yang perisa limau.
  6. Setelah semua siap dimasukkan ke dalam plastik. Basuh dahulu semua aiskrim tu agar tiada air manis yang melekat.
  7. Masukkan dalam peti ais semalam.
  8. Siap

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Sharla Rose

Baca juga: Jom Buat Aiskrim Oreo Homemade Ini, Sangat Sedap Dan Mudah. Guna 4 Bahan Je!

tags: