Jom cuba resepi apam gebu ‘legend’ ni. Memang gebu sampai tak boleh bawak bincang. Buatkan untuk keluarga anda, mereka pasti suka.
Resepi Apam Gebu (Apam Legend)
Bahan-bahan:
- 3 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan air pandan
- 1/2 cawan santan
- 1 cawan gula
- 1 sb yis
- sedikit garam
- sedikit pewarna hijau ( optional )
Bahan Lain:
- kelapa parut
- sedikit garam
Cara-cara:
- Satukan ke semua bahan di dalam bekas yang besar. Kacau sebati hingga tiada adunan tepung yang berketul.
- Perapkan adunan selama 1 jam. Sementara itu panaskan kukusan.
- Kacau adunan yang telah diperap dan tuangkan ke dalam loyang / acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak.
- Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan sebelum dipotong.
- Sementara tunggu apam sejuk, kukuskan sementara kelapa parut dan sedikit garam.
- Hidangkan bersama kelapa parut.
Kredit resepi: Farisha Sofea
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Kek Coklat Tornado ‘Viral’ Yang Bikin Ketagih!