Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Apam Nasi Berperisa Pandan Yang Gebu Gebas, Bila Ngap Terasa Nikmatnya, Sedap Sangat!

Resepi Apam Nasi Berperisa Pandan Yang Gebu Gebas, Bila Ngap Terasa Nikmatnya, Sedap Sangat!

Kategori: ,
resepi apam nasi

Apam nasi ini sangat enak jika di makan bersama dengan kelapa parut atau kuah gulai. Nak buat apam nasi ini sangat mudah. Tetapi tak ramai yang menjualnya. Oleh sebab itu kuih tradisional ini agak susah untuk dijumpai. Dalam pada masa yang sama, tak ramai yang boleh buat sehingga betul-betul menjadi. Sukatan segala bahan haruslah betul dan sedap baru menjadi dan gebu gebas. Anda nak buat apam nasi gebus gebas? Anda boleh rujuk resepi kat bawah ini.

Resepi Apam Nasi Berperisa Pandan Yang Gebu Gebas, Bila Ngap Terasa Nikmatnya, Sedap Sangat!

BAHAN-BAHAN

Bahan A:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 1 ½ cawan gula
  • 2 cawan pati daun pandan

Bahan B:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 peket mauripan

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisar nasi bersama gula dan air pandan sehingga sebati dan halus.
  2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan mauripan
  3. Nasi yang dah dikisar tadi masukkan ke dalam tepung, kacau sebati.
  4. Masukkan pewarna sikit aje nak bagi cantik, perap selama satu jam setengah.
  5. Kukus dalam 20/15 minit guna acuan kecik2.
  6. Siap untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Fazilah Md Yussop

tags: