Asam Laksa Cina merupakan hidangan yang terdiri daripada rasa masam, manis dan pedas. Sebut sahaja asam laksa cina mesti anda dah terbayang macam mana rasanya kan. Dan mesti anda teringin nak makan kan? Jadi ini dia resepi Asam Laksa Cina. Resepi ini perlulah diikuti dengan betul supaya dapat menghasilkan asam laksa yang sebenar.
BAHAN-BAHAN:
- 3 liter air
- 1 kilogram ikan sardin/kembung/selayang
- 1 tin sardin Ayam Brand ( 425 gram )-kuah x ambil.
- 5 senduk cili kisar
- 3 sudu makan asam jawa
- 8 keping asam keping gred elok ( jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping )
- 5 tangkai daun kesum
- 3 batang bunga kantan
- 2 tangkai daun pudina
- Gula melaka/gula merah hancur secukupnya
- Garam dan serbuk perasa
P/s : Boleh masukkan petis udang 1/2 botol kecil kalau mahu. Yang kali ni Ben tak letak.
Bahan Kisar :
- 100 gram bawang merah besar India
- 25 gram belacan
- 13 tangkai cili padi hijau
- 1 batang serai saiz sederhana
- 300 gram nanas
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1/2 inci lengkuas
- Ulam Asam Laksa Cina :
- Daun salad
- Bawang merah besar India
- Asam limau kasturi
- Telur rebus
- Timun
- Cili Padi
- Daun Pudina
CARA PENYEDIAAN:
- Rebus ikan. Boleh rebus telur sementara tunggu ikan siap. Kisar bahan kisar dan hiris ulam-ulaman. Sukat dan sediakan 3 liter air untuk pelbagai kegunaan. Bila ikan rebus dah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan. Kisar dengan guna air yang disukat dan masukkan dalam bekas asing. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.
- Dalam periuk, masukkan baki stok air tadi ke dalam periuk besar, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa, belahan bunga kantan, daun kesum, daun pudina. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat. Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.
- Tambah gula Melaka hancur ,garam serta serbuk perasa. Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam, pedas kuah. Separuh isi ikan sardin Ayam Brand yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah. Separuh lagi untuk dihidangkan bersama asam laksa cina nanti.
- Bila dah tutup api, terus keluarkan asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam. Keluarkan semua. Boleh la hidang dengan laksa beras atau laksa yang dah siap.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit Resepi : Bensafwan