Seorang pengguna laman sosial Facebook, saudari Dina Amalia berkongsikan resepi asam pedas Johor. Menurutnya, beliau gigih belajar supaya rasanya sebiji sama macam di Johor. Kalau dulu, asyik beli di kedai kalau terasa nak makan. Sekarang, bila-bila masa sahaja boleh buat sendiri di rumah. Ikuti perkongsian lengkap oleh beliau di bawah,
Wanita Ini Kongsi Resepi Asam Pedas Johor Padu. Dulu Asyik Beli, Sekarang Buat Sendiri Je!
Bahan-bahan kisar halus:
-
Segenggam lebih sikit cili kering (potong, buang biji, rebus dan tos)
-
10-12 biji bawang merah (kadang saya tambah 1 biji bawang besar sebab nak bagi kuah pekat dan banyak)
-
6-7 biji bawang putih
-
1/2 inci kunyit
-
1/2 inci halia
Bahan-bahan lain:
Cara-cara:
- Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan cili betul-betul masak. Minyak kena banyak baru dia akan masak cantik.
- Masukkan daun kesum 1 bahagian tadi.
- Masukkan air (untuk kuah, ikut nak pekat mana).
- Masukkan pes asam jawa.
- Masukkan ikan, tungguh sehingga mendidih dan ikan masak.
- Masukkan garam dan perasa secukup rasa.
- Masukkan bendi dan daun kesum yang lagi 1 bahagian.
- Masukkan buah tomato.
- Siap!
Kredit: Dina Amalia Nordin
Baca juga: Resepi ‘Ori’ Thai Patutlah Sedap! Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Sup Daging Thai Mudah & Lazat