Ayam bakar biasanya mempunyai banyak cara perapan dengan cara yang berbeza. Kadang-kadang, bingung dan tak tahu nak pilih yang mana kan? Jadi, untuk kali ini, kami ingin berkongsi tentang cara perapan menggunakan kewpie dressing roasted sesame tau. Memang sedap!
Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Bakar Kewpie, Isi Memang Sedap Dengan Rasa Lebih Lembut. Rasa Berbeza Dengan Ayam Bakar Biasa!
Bahan-Bahan:
- ayam (pilih bahagian yang disukai, hiris-hiris sikit atasnya dan basuh bersih, pilih dada dan drumstick)
- Kewpie dressing roasted sesame (botol kecik pun ada)
- sos tiram
- serbuk black pepper
Cara Penyediaan:
- Ambil ayam yang telah dibasuh bersih tadi ke dalam satu bekas yang sesuai dan ada penutupnya.
- Curahkan kewpie dressing roasted sesame tu agak-agak bagi rata seluruh ayam dengan dekat bahagian yang kita hiriskan tadi.
- Curahkan pula sos tiram. Agak-agak sahaja bersama serbuk black pepper.
- Gaul rata bagi kena keseluruhan dan tutup bekas tersebut. Simpan dekat chiller semalaman.
- Esok bangun pagi boleh bakar ayam perap kita tu dalam magic pan kalau ada dengan api sederhana.
- Letak minyak masak sikit-sikit sahaja. Jangan lupa terbalikkan juga. Cuma bakar ini ambil masa lama sikit. Kalau nak goreng pun boleh. Lagi cepat dan rasa pun sedap juga.
- Dah masak ayamnya, hidangkan dalam pinggan dan boleh curahkan kewpie tu lagi atas ayam yang dah siap dibakar. Selain rasa yang sedap, isi ayam tu lembut sahaja.
Siap sudah ayam bakar kewpie ni. Memang rasa lain dari perapan biasa. Sedap tau! Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Shafiqah Abd Razak
Baca juga: Tak Perlu Pergi Seberang, Ini Resepi Nasi Goreng Ketam Viral Ala Thai, Senang Tapi Sedap!