Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ramai Yang Suka ‘Ayam Betutu Bali’ Ini, Sebab Rasanya Pedas & Sedap ‘Banget’!

Ramai Yang Suka ‘Ayam Betutu Bali’ Ini, Sebab Rasanya Pedas & Sedap ‘Banget’!

Kategori:
Ayam Betutu Bali

Siapa pernah mencuba ayam betutu bali ini pasti tahu bagaimana rasanya. Memang sedap yang amat sebab pedas! Peminat pedas pasti jatuh cinta jika mencubanya. Ini resepi lengkapnya buat anda yang mahu cuba masak.

Ramai Yang Suka ‘Ayam Betutu Bali’ Ini, Sebab Rasanya Pedas & Sedap ‘Banget’! Ini Resepinya

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam berat 1.5 atau 2 kg (boleh buat seekor atau dipotong-potong)
  • Bumbu kering
  • 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk lada
  • Gula
  • Garam
  • Penyedap rasa
  • Bumbur kisar
  • 25 ulas bawang merah
  • 12 ulas bawang putih
  • 20 batang cili padi merah
  • 20 batang cili padi hijau
  • 8 batang cili merah besar
  • 5 batang serai
  • 15cm kunyit hidup
  • 7 cm halia
  • 7cm lengkuas
  • 10 helau daun limau purut
  • 1 sdm belacan
  • 6 butir buah keras

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar sampai matang.
  2. Masukkan 1 liter air.
  3. Bila air dah mendidih, masukkan ayam.
  4. Masukkan bahan kering, garam, 4 sudu makan gula dan 3 sudu besar secukup rasa Maggi.
  5. Tutup kuali.
  6. Kaup balik ayam sesekali.
  7. Jika ayam belum masak, tapi air dah mengering. Tambah lagi air secukupnya.
  8. Masak sehingga ayam empuk dan agak kering.

Kredit: Makcik Ratu

tags: